Laman Utama
"Saya Sebenarnya Malu Nak Tegur..." - Hawa Rizwana Kagumi Neelofa, Jadikan Idol Pengacaraan
Pengacara program MeleTOP, Hawa Rizwana akui segan untuk meminta sebarang tips atau pesanan daripada hos terdahulu iaitu Noor Neelofa dalam mengendalikan program berkenaan.
Menyifatkan figura Neelofa sebagai seorang insan yang berjaya, Hawa, 27, berkata dirinya berasan segan untuk menegur usahawan itu, bagaimanapun tidak menolak rezeki seandainya diberikan peluang untuk berjumpa kelak.
“Saya sebenarnya malu nak tegur Neelofa tapi saya kawan dengan kakak dia, Kak Bella (Noor Nabila) dan kami pernah buat aktiviti berbasikal bersama.
“Kalau Kak Neelofa saya jumpa dekat event pun segan nak tegur dia, so saya tak pernah minta tips daripada dia untuk kendalikan MeleTOP.
“Kami pernah borak dulu pun sangat kejap dekat satu TV show suatu ketika dulu. Tapi kalau ada peluang siapa je tak nak kan sembang dengan Neelofa.
“Neelofa adalah seorang yang sangat berjaya, sesiapa pun kalau nak belajar sampai berjaya, Neelofa adalah antara contoh terbaik,” katanya kepada Gempak.
Hawa berkata demikian ketika ditemui selepas konsert ulang tahun ke-10 MeleTOP yang berlangsung dari Auditorium MBSA, Selasa lalu.
Dalam pada itu, Hawa berkata untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara baharu program MeleTOP adalah sesuatu perkara mencabar, namun dirinya tidak sekali mensiakan peluang yang telah diberikan itu.
“MeleTOP dan 10 tahun, Kak Neelofa dan Abang Nabil dah set the bar sangat tinggi, dah bawa nama MeleTOP ke level yang lain.
“Saya tahu ia agak mencabar untuk saya galas tanggungjawab ini, namun peluang dan rezeki yang Allah beri, saya hanya lakukan sebaik mungkin. Kalau peluang ini diberi pada orang lain pun pasti tidak akan melepaskannya” tambahnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video