,
Berita

"Saya Tak Nak Pembantu Rumah" - Cristina Suzanne Mahu Jaga Anak Sendiri

ZULHILMI JALIL
03/12/2019
06:55 MYT
Pelakon Cristina Suzanne memberitahu bahawa dia lebih selesa untuk membesarkan bayi sulungnya, Adrian Noah Faiz yang kini berusia sembilan bulan tanpa khidmat pembantu rumah.
Ini kerana menurut Christina, 34, dia tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman pertamanya membesarkan anak sebagai seorang ibu.
"Saya tak mahu pembantu rumah. Biar saya jaga sendiri. Anak pertama biarlah kita yang jaga makan dia semua. Bukan mudah untuk melaksanakan tugas sebagai ibu ni, tapi saya nak rasa.
"Memang dah tak ada masa nak cantik-cantik nak ke salun semua tu, tetapi saya rasa seronok! Saya seronok merasai pengalaman sebagai ibu," kongsinya kepada Gempak.
Menurut aktres filem KIL itu, atas sebab komitmen sebagai seorang ibu itu jugalah dia perlu memikirkan banyak faktor sebelum menerima sebarang tawaran lakonan.
"Keutaman saya ialah anak. Kesian anak kena tinggal kalau kita asyik pergi penggambaran. Lagipun, dia masih sembilan bulan, perlukan lebih kasih sayang.
"Cuma, saya tidaklah tolak terus tawaran yang datang. Saya tak boleh buang (lakonan), rindu. Bukan rindu sebab nak keluar majalah, tetapi rindu persekitaran di set jumpa kawan-kawan," ceritanya yang bakal muncul dalam filem Daulat.
Bercakap mengenai pembabitannya dalam filem arahan Imran Sheikh itu, kata Cristina, dia menerimanya tawaran tersebut memandangkan jadual penggambarannya yang tidak terlalu ketat.
"Jadual penggambaran bukan hari-hari. Jadi, kalau saya ke kerja, saya akan minta bantuan ibu atau ibu mertua untuk jagakan anak saya seketika.
"Belum pernah tinggal lama. Paling lama pun 12 jam. Itu pun dah risau," kongsinya.
Cristina sebelum ini pernah mengejutkan industri apabila mengakui sudah mendirikan rumah tangga dengan M Faiz Zakaria pada Mac 2018 secara senyap dan dilaporkan melahirkan anak sulung sekitar Mac lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

Lama Tak Muncul, Penampilan Terkini Aniq Suhair Buat Peminat Teruja - “Pergh Dah Katang Badan”

gempak
21/11/2024
08:50 MYT
Pelakon Aniq Suhair mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi imej terkini di media sosialnya, baru-baru ini.
Hiburan

Isteri Pelakon Harun Hashim Meninggal Dunia

gempak
21/11/2024
05:50 MYT
Selepas hampir seminggu ditidurkan, isteri kepada aktor veteran Harun Hashim iaitu Sakinah Ganjali, 48, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam jam 9.45 pagi Khamis.
Hiburan

Ikmal Amry Tak Selesa Lakon Babak Mesra Dengan Pelakon Wanita - “Salah Tetap Salah”

gempak
21/11/2024
04:55 MYT
Pelakon Ikmal Amry mengakui dirinya tidak selesa melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.
Hiburan

Fedi Nuril Pegang Watak Poligami Lagi, Peminat Harap Tak Jadi Dalam Dunia Nyata - “Satu Isteri Sudah Sangat Cukup”

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Aktor popular Indonesia, Fedi Nuril mencuri tumpuan apabila bakal tampil dalam naskah filem terbaharunya tidak lama lagi.
Unitar