Berita

"Saya Takkan Kahwin Senyap-Senyap, Terima Kasih Pada Semua Yang Mendoakan Kebahagiaan Saya" - Aidil Aziz

gempak
Rozaimi Zubaidi
16/10/2018
04:35 MYT
Sponsor Banner
"Saya Takkan Kahwin Senyap-Senyap, Terima Kasih Pada Semua Yang Mendoakan Kebahagiaan Saya" - Aidil Aziz
Pelakon Aidil Aziz mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sering mendoakan kebahagiaannya bersama aktres Fasha Sandha.
Menurut Aidil, buat masa sekarang dia masih belum mempunyai tarikh untuk menamatkan zaman bujangnya bersama Fasha.
"Terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan saya. Insya Allah… apabila tiba waktunya (nikah) nanti pasti saya akan beritahu semua.
"Saya takkan kahwin senyap-senyap. Setakat ini belum ada apa-apa perancangan rasmi atau siding media pasal nikah tu.
"Kalau ikutkan, saya target nak berkahwin pada umur 30 tahun, tapi sekarang umur saya dah pun 31 tahun.
"Jadi doakan yang baik-baik untuk saya semoga segalanya dipermudahkan," katanya kepada Gempak.
Aidil berkata demikian ketika ditemui pada majlis Anugerah Bintang Popular BH ke-31 (ABPBH 31), di PICC Putrajaya, baru-baru ini.
Aidil berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai hubungan percintaanya bersama Fasha.
Fasha sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 27 April 2012 namun disahkan bercerai talak satu pada 20 Januari 2016.
Hasil perkahwinan Fasha dikurniakan sepasang cahaya mata, Putra Rayfal Ramli, 4, dan Putri Raysha Jemyma, tiga tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live