gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Che Ani Premium Jadi Cik Annie? Noraniza Idris Kecewa Produk Muruku Diciplak - "Nak Ikut Jejak Saya, Ikutlah Cara Yang Betul"
HIBURAN
Didakwa Kembali Bercinta Dengan Niezam Zaidi, Ini Respons Fify Azmi - “Kami Tak Bergaduh Pun, Takkan…”
VIRAL
‘Influencer’ Keyna Azami Menangis Kongsi Detik Cemas Dalam Pesawat Hampir Tergelincir Di Indonesia - “Saya Fikir Akan Mati…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

“Saya Tanya Bila Dapat Kekuatan Berhijab”- Ebit Lew Kongsi Kisah Penghijrahan Yana Samsudin

Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
21/04/2019
05:04 MYT
Sponsor Banner
“Saya Tanya Bila Dapat Kekuatan Berhijab”- Ebit Lew Kongsi Kisah Penghijrahan Yana Samsudin
Penceramah bebas, Ebit Lew akui kagum dan sebak apabila mendengar cerita pelakon Yana Samsudin berkongsi kisah penghijrahannya tanpa diduga.
Menurut Ebit, Yana bertuah mempunyai suami seperti Fadzil Zahari kerana mula berhijrah apabila suaminya menghulurkan tudung ketika hendak keluar di suatu malam.
Berikut keseluruhan cerita yang dikongsi Ebit Lew menerusi akaun Instagram miliknya ketika berjumpa dengan pasangan tersebut baru-baru ini.
“Kagum dengan pasangan @yanasamsudin dan suaminya fadzilzahari. Sebak semua menangis masa Yana cerita niatnya masa keluar rumah dulu nak cari rezeki halal dan cuma nak satu jer nak masuk syurga.
“Tak berhenti Yana Samsudin terima kaseh pada orang tuanya dan suaminya. Terkesan cinta dan kasih sayang Yana dan suaminya. Suaminya baik sangat. Mereka sekeluarga selalu tengok saya dakwah di sana sini katanya.
“Saya tanya bila mula dapat kekuatan berhijab. Jawabnya satu hari masa nak keluar pergi makan. Suaminya beri tudung padanya. Hadiah untuk sayang. Cubalah pakai. Terus beliau menangis teresak dan berhenti dari bercakap.
“Saya tiba-tiba sedih dan teringin nak peluk suaminya nak cakap tahniah. Suaminya terus saya panggil ke pentas dan terus peluknya. Subhanallah hebat suami begini. Suami, motivator, pendakwah, pemimpin baik,” tulisnya.
Menurut Ebit, Fadzil suami yang baik apabila memberitahu Yana bahawa menutup aurat adalah kerana mahu Allah sayangkan kita.
“Kata Yana pada suaminya Terima kaseh abang. Kata suaminya kita menutup aurat untuk Allah sayang kita. Itulah hari paling bahagia bila suami yang saya cintai tak putus ingatkan saya. Beliau banyak berkorban dan sanggup bantu saya dalam segala hal.
“Yana Samsudin sendiri mengajar anaknya mengaji di rumah. Katanya ayahnya sangat tegas dan mengajar mengaji. Ayah saya selalu dengar ceramah ustaz. Saya berusaha jaga perintah Allah.
“Syukur sangat kini Allah beri peluang beliau menjaga perintah Allah. Beliau kini banyak memberi ceramah dan motivasi di luar sana buat wanita dan anak muda.
“Jika hari terakhir yana. Jawabnya ustaz jika hari terakhir saya. Tiada esok, saya cuma nak masuk syurga. Saya nak jumpa semua dalam syurga. Itu saja ustaz. Doa nak masuk syurga. Doakan yer ustaz. Beliau menangis teresak-esak.
“Saya hadiahkan buku isteriku bidadari pada keluarga bahagia ini. Allahuakbar. Suaminya senyum jer tolong jaga anak dan sentiasa bersama bertiga. Allahuakbar-ebitlew,” tulisnya panjang lebar.
Rata-rata juga mendapat inspirasi daripada kisah tersebut kerana berpendapat hidayah datang tanpa diduga.
Yana dan Fadzil mendirikan rumah yangga pada 13 Februari 2015.
Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki Aisy Mateen pada 21 Julai 2016.
View this post on Instagram
Kagum dengan pasangan @yanasamsudin dan suaminya fadzilzahari. Sebak semua menangis masa Yana cerita niatnya masa keluar rumah dulu nak cari rezeki halal dan cuma nak satu jer nak masuk syurga. Tak berhenti Yana Samsudin terima kaseh pada orang tuanya dan suaminya. Terkesan cinta dan kasih sayang Yana dan suaminya. Suaminya baik sangat. Mereka sekeluarga selalu tengok saya dakwah di sana sini katanya. . Saya tanya bila mula dapat kekuatan berhijab. Jawabnya satu hari masa nak keluar pergi makan. Suaminya beri tudung padanya. Hadiah untuk sayang. Cubalah pakai. Terus beliau menangis teresak dan berhenti dari bercakap. Saya tiba-tiba sedih dan teringin nak peluk suaminya nak cakap tahniah. Suaminya terus saya panggil ke pentas dan terus peluknya. Subhanallah hebat suami begini. Suami, motivator, pendakwah, pemimpin baik. . Kata Yana pada suaminya Terima kaseh abang. Kata suaminya kita menutup aurat untuk Allah sayang kita. Itulah hari paling bahagia bila suami yang saya cintai tak putus ingatkan saya. Beliau banyak berkorban dan sanggup bantu saya dalam segala hal. . Yana Samsudin sendiri mengajar anaknya mengaji di rumah. Katanya ayahnya sangat tegas dan mengajar mengaji. Ayah saya selalu dengar ceramah ustaz. Saya berusaha jaga perintah Allah. Syukur sangat kini Allah beri peluang beliau menjaga perintah Allah. Beliau kini banyak memberi ceramah dan motivasi di luar sana buat wanita dan anak muda. . Jika hari terakhir yana. Jawabnya ustaz jika hari terakhir saya. Tiada esok, saya cuma nak masuk syurga. Saya nak jumpa semua dalam syurga. Itu saja ustaz. Doa nak masuk syurga. Doakan yer ustaz. Beliau menangis teresak-esak. . Saya hadiahkan buku isteriku bidadari pada keluarga bahagia ini. Allahuakbar. Suaminya senyum jer tolong jaga anak dan sentiasa bersama bertiga. Allahuakbar-ebitlew #abitwithebit #season2 #episodke5 #tvalhijrah #tourkeluargasunnah #oktober
A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on Apr 18, 2019 at 7:48am PDT
Topic Berkaitan
#pelakon
#Yana Samsudin
#Tudung
#Pelakon
#Hijrah
#Ebit Lew
#Fadhzil Zahari
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement