Hiburan
Saya Tidak Tengok Pun Gambar Bogel Tersebut - Atikah Suhaime
Pelakon Atikah Suhaime menepis dakwaan yang mengatakan dirinya adalah individu yang dikaitkan dengan beberapa keping foto bogel yang tersebar di laman sosial baru-baru ini.
"Tidak, bukan saya. Saya tidak melihat gambar tersebut tetapi ibu saya ada melihatnya. Ibu menasihati agar saya bersabar," kata Atikah kepada Astro Gempak.
Tenang menjawab asakan dan persoalan pihak media, pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime, 25, mengambil keputusan untuk tidak menjawab kebanyakan pertanyaan dan memberikan jawapan yang serupa.
"Saya minta maaf kerana saya tidak boleh komen dengan lebih lanjut. Perkara ini saya telah serahkan kepada pihak pengurusan (MIG) untuk sebarang tindakan selanjutnya," katanya.
Tahun lalu, Atikah turut dilanda kontroversi serupa dan didakwa mempunyai video lucah bersama dengan aktor Idris Khan dan Ammar Alfian.
"Setakat ini, pihak pengurusan sedang mengumpulkan maklumat berkenaan dengan perkara tersebut. Semuanya akan diuruskan oleh pihak MIG, termasuklah membuat laporan polis," katanya ketika ditemui sewaktu majlis tayangan filem terbaru MIG berjudul Volkswagen Kuning.
Filem lakonan Atikah bersama Pekin Ibrahim, Maimunah Ahmad, Shahronizam Noor dan ramai lagi itu akan muncul pada 22 September ini di pawagam seluruh Malaysia.
Kredit foto: Instagram @atikahsuhaime dan @davidteo99
Must-Watch Video