Laman Utama

“Saya Yang Suruh Cucu Daftarkan” - Warga Emas Berusia 120 Tahun Suntik Vaksin COVID-19 Terima Pujian Netizen

gempak
Azwa Rahman
10/06/2021
12:03 MYT
Sponsor Banner
“Saya Yang Suruh Cucu Daftarkan” - Warga Emas Berusia 120 Tahun Suntik Vaksin COVID-19 Terima Pujian Netizen
Seorang warga emas berusia 120 tahun meluahkan rasa gembira dam bersyukur apabila menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian.
Memetik laporan BH Online, Siti Liah Mamat memaklumkan dia sendiri yang meminta cucu mendaftarkan suntikan vaksin untuk dirinya.
“Saya gembira dan Alhamdulillah ia selesai dengan cepat.
“Saya sendiri menyuruh cucu mendaftar suntikan vaksin melalui MySejahtera kerana sedar pentingnya suntikan ini untuk saya yang sudah berusia lanjut," katanya kepada BH Online.
Siti Liah dibawa ke PPSV dengan menaiki kenderaan Hospital USM ditemani anak serta cucunya.
Malah, Siti Liah juga berharap masyarakat terutama warga emas dan golongan berisiko tidak terpengaruh dengan dakyah memburuk-burukkan vaksin.
Di laman Twitter, tindakan warga emas tersebut menerima pelbagai kata-kata pujian dan penghargaam daripada wargamaya.
Malah, ramai yang turut berkongsi foto datuk dan nenek mereka selesai menerima suntikan vaksin sebagai tanda sokongan.
“To be honest, aku menangis masa tengok laporan berita ni tadi, kagum dengan semangat dia + rindu nenek kat kampung,” komen seorang wargamaya.
“Respect, nenek ni lagi berani dari Anti-vaxx kat luar sana. Tak habis-habis teori konspirasi. semua agenda yahudi, main FB boleh pulak. punca herd immunity lambat nak capai,” kata seorang wargamaya.
“Semua zaman nenek ni rasa..zaman Siam..British..Jepun..Komunis..Merdeka..keretapi arang batu..keretapi diesel..eletrik..semua dia tengok..semoga nenek sihat selalu,” pesan seorang wargamaya.
“Mesti best dgr nenek ni cerita zaman2 dulu. History yang berlaku. Semoga panjang umur nek and sihat selalu,” ujar seorang wargamaya lagi.
Selain itu, Siti Liah turut berkongsi dia sering bersedekah dan mengamalkan minum air putih sebagai petua penjagaan diri walaupun sudah berusia lebih 100 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live