Berat mata memandang, berat lagi hati yang menanggung ujian. Mungkin itu yang dialami oleh seorang bapa apabila terpaksa ‘melepaskan’ kereta kesayangan demi menanggung perbelanjaan merawat kanser anaknya.

Menerusi sebuah hantaran di Facebook, lelaki itu meletakkan harga jualan sebanyak RM18,000 dengan keadaan badan dan enjin kereta yang masih lagi elok.

Sebelum merebak

“Bismillah, kereta kesayangan ingin dilepas (kan). Ada yang berminat boleh PM saya atau Whatsapp 017-703 3210.

“Jualan terpaksa kerana nak buat rawatan anak yang kena kanser… sebelum kanser itu merebak.

“Kereta dalam keadaan baik, aircond, enjin body semua baik. Model E39, kereta atas nama saya, boleh tukar. Harga jualan RM18K. Semoga urusan saya ini dipermudahkan insya-Allah,” katanya.

Menerusi hantaran berlainan, lelaki itu berkata yang dia tidak berniat untuk merayu simpati, apatah lagi memohon bantuan kewangan daripada orang luar.

Mohon doa

“Saya tiada ada niat mahu minta sumbangan pada sahabat-sahabat untuk rawatan anak saya. Saya post gambar anak yang sakit dengan kereta yang saya mahu jual tu bukan kerana mita simpati.

“Saya reda dengan ujian ini. Andai kata ada yang ingin beri sumbangan semoga Allah permudahkan urusan sahabat, tapi kalau rasa post saya ini menyusahkan sahabat, saya minta sahabat tolong doakan anak saya semoga sihat macam biasa. Itu sahaja yang saya harapkan,” katanya.

BERITA TRENDING: Dirawat Di Singapura Akibat Kemalangan, Pemuda Asal Malaysia Perlu Bantuan Lunas Bil Hospital RM16K

BERITA TRENDING: Bekas Penyampai Radio, DJ Pool Menyanyi Kutip Dana, Salur Kepada Yang Memerlukan - "Tugas Kami Membantu ..."