,
Laman Utama

“Sebab Filem Ni Saya Langgan Balik Selepas 11 Tahun” - Powernya Pengaruh Jaga-Jaga Senariounion, Ramai Excited!

Hanafis Haris
19/04/2022
03:41 MYT

Belum lagi ditayangkan, filem Jaga-Jaga Senariounion telah pun mencetuskan keterujaan khususnya buat peminat kumpulan lagenda tersebut.

Selepas sekian lama menanti, peminat akhirnya bakal menyaksikan kemunculan semula ahli Senario yang mengumpulkan semula buat pertama kali gandingan Azlee, Saiful Apek, Wahid, Yassin, Hamdan dan Illya.

Paling menarik ada di antara mereka yang sanggup melanggan kembali Astro demi menyaksikan Jaga-Jaga Senariounion.

Perkara itu dikongsi sendiri oleh kumpulan Senariounion menerusi satu hantaran di Instagramnya.

“Secara jujurnya, sebab filem ini saya langgan Astro selepas 11 tahun,” tulis individu berkenaan.

Posting berkenaan kemudian mendapat perhatian ramai lagi peminat yang mahu melakukan perkara sama.

“Ya betul. Saya pun sama. Langgan astro semata2 untuk Senariounion”.

“Yer, saya pun plan sama, nak try langgan,” tulis beberapa netizen.

Sekadar info, kisah Jaga-Jaga Senariounion bermula di hari majlis pernikahan anak Dato Hamdan dan Azlee, di mana keluarga Dato Hamdan telah disamun ketika dalam perjalanan ke rumah bakal besannya.

Apa yang peliknya, perompak-perompak tersebut hanya merompak barang-barang hantaran sahaja.

Setibanya di rumah pengantin, setiap seorang daripada mereka tidak kira keluarga pengantin lelaki atau pengantin perempuan telah disyaki merancang untuk sabotaj majlis tersebut. Semuanya menjadi teka-teki.

Anda boleh melanggan dan saksikan Jaga-Jaga Senariounion Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 April 2022.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Berita

PM Hulur Sumbangan Kepada Azlee Senario

gempak
12/06/2024
01:55 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada pelakon dan pelawak, Azlee Jaafar yang mengalami serangan jantung sebelum ini.
Hiburan

Azlee Senario Dilaporkan Sudah Stabil

gempak
06/06/2024
09:33 MYT
Pelawak dan pelakon Azlee Senario dilaporkan sudah stabil setelah menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN).
Hiburan

“Saya Masih Belum Boleh Berhenti Menangis” - Azlee Akui Terkesan Dengan Kehilangan Hamdan

gempak
05/01/2024
06:59 MYT
Anggota Senario, Azlee Jaafar mengakui berasa kehilangan ke atas pemergiaan sahabatnya, Hamdan Ramli tengah hari tadi
Laman Utama

“Genre Solve Crime Ni Memang Fav Aku” - Netizen Puas Layan Jaga-Jaga Senariounion, Tak Sangka Ada Plot Twist!

gempak
10/05/2022
06:13 MYT
Apa yang peliknya, perompak-perompak tersebut hanya merompak barang-barang hantaran sahaja.