Skip to main content

Berita Tempatan

“Sebenarnya Plan Tahun Ni Nak Buat Haji, Tapi...”- Anzalna Nasir

anzalnanasirhaji.jpg
Pelakon Anzalna Nasir mendedahkan sepatutnya dia dan ibu bapanya sudah merancang untuk mengerjakan Haji pada tahun ini.
 
Namun, perancangan tersebut terpaksa dibatalkan kerana dia baru sahaja dikurniakan cahaya mata Momahad Eidrees pada 3 Jun lalu.
 
“Selamat hari raya everyone! Sebenarnya plan tahun ni nak buat Haji bawa mama and abah tapi Allah bagi rezeki lain @mohamadeidrees Alhamdulillah.
 
“ Insya-Allah masanya akan tiba,” tulisnya.
 
Anzalna berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
 
Menerusi perkongsian terbabit, Anzalna memuat naik fotonya bersama suami,!Hanif Zaki di hadapan kaabah ketika mengerjakan Umrah sebelum ini.
 
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar urusan serta niatnya untuk mengerjakan ibadah Rukun Islam kelima itu terlaksana.
 
Anzalna atau nama sebenarnya, Nur Anzalna Md Nasir, 31, berkahwin dengan Hanif, 31, pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menyulam cinta.
 

Must-Watch Video

Advertisement