Berita

"Sekarang Merupakan Masa Yang Sesuai Untuk ....." - Lufya Omar Mahu Kembali Aktif Berlakon Selepas Tiga Tahun

gempak
Rozaimi Zubaidi
25/07/2019
07:45 MYT
Sponsor Banner
"Sekarang Merupakan Masa Yang Sesuai Untuk ....." - Lufya Omar Mahu Kembali Aktif Berlakon Selepas Tiga Tahun
Pelakon Lufya Omar mengakui mahu kembali aktif berlakon semula selepas tiga tahun tidak menerima sebarang lakonan.
Menurut Lufya, sebelum ini dia banyak memberi fokus kepada keluarga dan membesarkan anaknya, Laana Haura.
"Saya masih aktif dalam pengacaraan dan saya juga sering melakukan kemunculan pada setiap kali acara yang diadakan.
"Cuma sebelum ini saya banyak memberi fokus kepada keluarga dan membesarkan anak dahulu selama tiga tahun.
"Jadi sekarang merupakan masa yang sesuai untuk saya kembali aktif berlakon setelah tiga tahun tidak menerima sebarang tawaran.
"Sekarang anak saya pun sudah hampir berusia 2 tahun jadi saya rasa dah boleh kembali untuk aktif semula," katanya kepada Gempak.
Tambah Lufya, sebelum ini dia ada juga menerima tawaran lakonan sebagai watak utama namun terpaksa menolak secara baik.
"Sebelum ini ada juga tawaran yang diberikan kepada saya cuma masa tidak sesuai walaupun tawaran yang diberikan adalah sebagai pelakon utama," ujarnya.
Lufya berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kerusi kereta bayi Daiichi, di Happi Kiddo, IPC Shopping Centre Mutiara Damansara, pada Selasa.
Lufya dan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz berkahwin pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak bernama Laana Haura.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024