Penyanyi Aizat Amdan terkejut apabila wajahnya disamakan seperti sorang pelakon Hollywood, Storm Reid yang hadir ke acara Met Gala semalam.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna mengulang ciap foto busana yang digayakan oleh Reid dan menyangkakan wanita tersebut mirip Aizat.



Sementara itu, Aizat yang menyedari tentang ciapan foto ‘dirinya’ yang tular itu memberikan respon dan mencuit hati ramai.

Di ruangan balas, ramai yang terhibur dan mengakui wajah pelakon filem The Suicide Squad itu merupakan Aizat versi wanita.

Sejak hit satu lagu english terus tak pakai tudung!” usik seorang wargamaya.

Kononnya ada tujuh orang yang bermuka sama kat dunia, mungkin ni versi perempuan,” ujar seorang wargamaya.

Batal terus air wuduk mcm ni wkwkwkwk,” komen seorang wargamaya.

Aku yang tengah feeling feeling nangis tadi terus tergelak tak berhenti. Berubah mood aku,” kata seorang wargamaya.

HAHAHAHHAAHHAHA STOPPP AKU PENAT LAH DGN RAKYAT MALAYSIA NI,” tulis seorang wargamaya.

Now i cannot unsee this. RIP my eyes,” ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 8,000 ulang ciap dan 14,000 tanda suka daripada warga Twitter.