,
Laman Utama

Selain Anak Arwah, Jinggo Melihat Aziz M. Osman Paling Layak Sambung Karya Mamat Khalid Yang Belum Selesai - “Ini Pandangan, Bukan Cadangan Atau Arahan…”

Izwan Isa
26/10/2021
08:50 MYT
Pengarah drama popular, Azman Yahya atau lebih mesra disapa Jinggo dan Tok Sidang meluahkan perasaan menerusi kemas kini terbaharu di Instagram berkenaan dua nama besar dalam industri drama dan perfileman negara, iaitu arwah Mamat Khalid dan Aziz M. Osman.
Menerusi hantaran tersebut, Jinggo bercerita mengenai pengalamannya bekerja dengan dua nama besar ini ketika dia mula-mula berjinak untuk menjadi individu belakang tabir bagi pembikinan drama.
“Assalamualaikum Malaya, Selamat pagi Geng Tok Sidang di mana saja kamu berada. Pagi ini Tok Sidang (bercerita tentang) dua insan besar dalam industri.
“Arwah Yeop Mamat Khalid, drama pertama arahan Yeop Mat sayalah koordinatornya. Tajuknya, Once Upon A Time. Entah mana perginya karya pertama arwah tu sebab saya tak pernah tengok di TV sampai hari ini.
“Sampai hilang beliau di dunia ni, tak ada sesiapa nak bagi gelaran pada beliau. Begitulah kita anak seni, walaupun jati Malaya ni,” katanya.
Menyentuh pula tentang individu kedua, Jinggo bercerita tentang pengalamannya bekerja sebagai handy man dengan pengarah Aziz M. Osman pada tahun 1999 dalam sebuah drama.
“Insan kedua Aziz M. Osman, orang terawal beri saya kerja sebagai handy man. Ketika itu tahun 1999. Aziz panggil saya Bong, sebab jadi ekstra nama Bong dalam drama itu. Dapatlah duit tambahan, alhamdulillah.
“Tok Sidang rasa Aziz merupakah pengarah yang paling layak menyambung jika ada karya-karya besar Yeop Mamat yang belum selesai selain anak arwah. Tapi ini pandangan, bukan cadangan atau arahan ya.
“Buat Bang Aziz, teman doa kamu tidaklah senasib dengan arwah Yeop Mat, walaupun kamu telah berlakon dan mengarah sebelum pelakon datuk sekarang ni dilahirkan. Harap harap tidak serupa itu la ya,” tulisnya.
Mamat Khalid rebah di kafenya di Sarang Art Hub, Tanjung Malim, Perak kelmarin dan kemudiannya di bawa ke Hospital Slim River. Beliau disahkan meninggal dunia pada usia 58 tahun.
Kredit foto: Cinema Online
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Orang Yang Menghancurkan Hidup Saya Adalah…” - Awie

gempak
16/07/2024
08:25 MYT
Vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie mendedahkan beberapa nama rakan selebriti yang telah mengubah kerjaya seni dan imej rock yang dibawanya.
Hiburan

“Air Mata Jatuh… Ambil Masa 2 Tahun Kumpul Semangat”- Amin Khalid Sayu, Pilih Teruskan Legasi Bapa Buat Projek 19 Puasa

gempak
13/03/2024
12:55 MYT
Amin teruskan legasi bapa.
Laman Utama

Anak Mamat Khalid Realisasikan Menu Mi Kari Kuah Laksa Di Ah Mat Cafe

gempak
15/11/2023
05:55 MYT
Ini cerita di sebalik menu popular dalam filem Kampung Pisang Bersiri ini
Laman Utama

“Tinggal Watak Apa Untuk Kami? Jadi Nenek Atau Hantu Je Ke?” Delimawati Susah Dapat Job Sejak…

gempak
07/11/2023
03:55 MYT
Ini keluhan Delimawati
Laman Utama

Mahu Wujud Galeri Seni Di Kampung Kuchai, MBI Dalam Proses Rundingan Dengan Waris Mamat Khalid - “Setakat Ini Saya Rasa Mereka…”

gempak
17/04/2023
11:55 MYT
Semoga dipermudah...