Hiburan
“Selalu Update Tarikan Terbaru” - Mat Dan Giat Mempromosikan Negeri Terengganu
Pengacara Mat Dan giat mempromosikan tempat-tempat menarik di Terengganu untuk dikunjungi oleh rakyat Malaysia.
Menerusi laman sosial Instagram, Mat Dan atau nama Islammya Karief Daniel Abdullah berserta pihak Discovery Terengganu berkongsi destinasi terbaru yang masih belum diketahui ramai iaitu Kota Lama Pulau Duyong.
“Hari ni duta kita Mat Dan bawa pusing-pusing Kuala Terengganu. Salah satu lokasi yang dah pergi adalah Kota Lama Duyong. Alhamdulillah, berkesempatan untuk ambil gambar bahagian dalam dan melihat seni bina lama Terengganu,” tulis pengendali akaun berkenaan di ruangan kapsyen.
Selain tarikan tersebut, Mat Dan turut melawat Masjid 8 Kubah di Kuala Besut yang begitu mirip dengan seni bina bangunan Red Square di Moscow, Rusia.
Tambah istimewa apabila Mat Dan mengenakan baju dari fabrik batik asli Terengganu untuk bergambar di setiap lokasi indah yang ditujunya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji usaha Mat Dan dalam mempromosikan negeri Terengganu dalam sebagai salah satu negeri tumpuan bagi percutian domestik.
“Terbaik Mat Dan, selalu update tempat-tempat menarik yang baru,” puji seorang wargamaya.
“Mat Dan buat la siri baru, Mat Dan Kaki Jalan musim kedua,” cadang seorang wargamaya.
“Memang kaki jalan sungguh,” usik seorang wargamaya.
Terdahulu, Mat Dan, 31, telah dilantik sebagai Ikon Pelancongan Terengganu oleh kerajaan negeri pada Mac 2019.
Sekadar info, Mat Dan dan isterinya, Nadifa Adnan mendirikan rumah tangga pada 12 Mac 2017 di Bukit Chendering, Kuala Terengganu.
Pasangan ini memiliki seorang anak lelaki Muhammad Zayne Danial James Tyler yang kini berusia dua tahun.
Must-Watch Video