Skip to main content

Trend Pasaran

"Selama Ini Saya Sorokkan Identiti Anak Perempuan Saya" - Bongkar Kisah Sebenar, Jasmin Hamid Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang!

jasmin-anak-header.jpg
Pelakon Jasmin Hamid bertegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terus membuli anak perempuannya dengan panggilan tidak sepatutnya di media sosial.

Jelas Jasmin, hatinya terguris apabila membaca kata-kata berbaur hinaan terhadap anak perempuannya itu.

"Lepas ini saya akan ambil tindakan undang-undang! Kali ini saya bangkit, hati-hati bully cyber! Too much.

"Saya tak menyangka topik pasal anak perempuan saya jadi perbualan di media sosial. 

"Saya sebagai seorang ibu pastinya akan terguris bila anak yang tak berdosa berulang kali dihina oleh manusia yang berhati hitam. 

"Apatah lagi anak yang dihina itu adalah seorang anak yatim. Pastinya saya akan bangkit dan membela nasib anak yatim ini," tulisnya menerusi entri terbaharu di Instagram.

Jasmin akui selama ini dia menyembunyikan identiti sebenar anak perempuannya itu yang dijaga sejak berusia empat tahun.

"Selama ini saya sorokkan identiti sebenar anak perempuan saya ini kerana saya sudah anggap dia sebagai anak saya sendiri dunia dan akhirat walaupun saya tidak melahirkan dia.

"Saya jaga dia seawal umur dia 4 tahun. Jika kamu tahu sejarah hidup zaman kanak-kanaknya, pasti kamu akan menangis

"Walaupun sebelum ini ada yang mempertikaikan tentang saya dan anak perempuan saya.. Saya masih berdiam kerana tiada unsur-unsur mencela. Dia adalah amanah Allah kepada keluarga saya," tambahnya.

Tular sebelum ini apabila Jasmin memuat naik keluhan hatinya terhadap individu yang mengejek anaknya dengan panggilan 'bapok'.

Baca: Anak Dikutuk Seperti Bapok, Ini Kenyataan Jasmin Hamid

Lebih menyedihkan apabila individu yang sering melemparkan kata-kata sedemikian terdiri daripada wanita berhijab.

"Jika masih ada yang berkelakuan begini dan tak belajar lagi dari kesilapan orang lain, saya akan ambil tindakan undang-undang! Jangan jadi orang yang muflis di akhirat kelak," tegasnya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

LEPAS NI SAYA AKAN AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG!! KALI NI SAYA BANGKIT..HATI -HATI BULLY CYBER! TOO MUCH.. Saya tak menyangka topik pasal anak perempuan saya jadi PERBUALAN DI MEDIA SOSIAL.. Terima kasih kepada peminat saya yang mengirimkan posting tentang ini kerana beliau juga MERASA KURANG SENANG dengan komen dari manusia-manusia BERHATI HITAM.. TERIMA KASIH juga kepada KISAH DUNIA yang menulis artikel yang POSITIF. . . Saya sebagai seorang IBU pastinya akan TERGURIS bila anak yang tak berdosa berulang kali DI HINA oleh manusia yang BERHATI HITAM. Apatah lagi anak yang di hina itu adalah seorang ANAK YATIM.. Pastinya saya akan BANGKIT dan membela nasib ANAK YATIM ini.. . . Selama ini saya sorokkan IDENTITI SEBENAR anak perempuan saya ini kerana saya sudah anggap dia SEBAGAI ANAK SAYA SENDIRI dunia dan akhirat walaupun saya TIDAK MELAHIRKAN dia.. Saya jaga dia seawal umur dia 4 tahun.. Jika kamu tahu sejarah hidup zaman kanak-kanaknya ,Pasti kamu akan menangis?... Walaupun sebelum ini ada yang pertikaikan tentang saya dan anak perempuan saya.. Saya masih BERDIAM kerana tiada unsur-unsur MENCELA.. Dia adalah AMANAH ALLAH kepada keluarga saya .. . . Sebagai seorang manusia yang berhati mulia, apatah lagi seorang MUSLIM, sudah pasti kita tahu apa HUKUMNYA MENCELA MAKHLUK ALLAH.. Inikan pula yang di HINA itu adalah seorang ANAK YATIM yang tak berbuat dosa kepada kamu.. . . Yang menyedihkan, manusia BERHATI HITAM itu tergolong di kalangan mereka yang BERHIJAB .PEMAKAIAN tidak seiring dengan AKHLAKNYA.. Perbuatan manusia ini telah MEMALUKAN para muslimah yang BERHIJAB..Seharusnya bila kamu SUDAH BERHIJAP, kamu juga harus HIJABKAN HATI dan IMAN juga seperti mereka yang tergolong dalam MUSLIMAH SEJATI..bukan mengikut TREND..sebab tu kamu lupa nak HIJABKAN HATI dan IMAN! . . Kali ni saya harus paparkan posting komen KAMI LAHH dari FB supaya di jadikan PENGAJARAN di hari akan datang... Jika masih ada yang berkelakuan begini dan TAK BELAJAR lagi dari kesilapan orang lain, SAYA AKAN AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG! Jangan jadi orang yang MUFLIS di akhirat kelak.. . . #anakyatim #negativevibes #negativepeople #malaikatatid #allahmahapenyayang

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on


 

Must-Watch Video

Advertisement