Pelakon Amyza Aznan telah membuatkan ramai yang terkejut apabila mendedahkan bahawa Selebriti terkenal, Wak Doyok telah selamat berkahwin.

Menerusi entri di Instagram (IG), Amyza mengucapkan selamat pengantin baru kepada Wak Doyok berserta gambar mereka bersama-sama.

"Selamat pengantin baru Wak Doyok! Tahniah Wak Doyok yang fun, chicky dan humble.

"Selamat pengantin baru, semoga bahagia hingga ke Jannah. Sayang awak ketat-ketat," tulisnya.



Namun, menerusi entri tersebut juga, Amyza menjelaskan dia mempunyai alasan tersendiri kenapa memberikan ucapan selamat pengantin baru pada Wak Doyok

"Jangan gelabah uols, ni wish in advance dari Kak Kaaia hahhahahahh, ye la takut nanti bila dia kawin, bukan dia sempat nak baca pon wish Kak Kaaia nih," tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa terkejut dengan kapsyen yang ditulis oleh Amyza namun mereka faham setelah membaca apa yang diperkatakan olehnya.

Sebelum ini Wak Doyok pernah menjelaskan bahawa dia sepatutnya sudah melangsungkan perkahwinan dengan seseorang yang tidak mahu didedahkannya pada April 2017.

Bagaimanapun, perkahwinan itu terpaksa dibatalkan kerana hubungan mereka putus di tengah jalan sebelum disatukan.