Laman Utama

Selepas 7 Hari, Izreen Azminda Perkenalkan Nama Anak Ketiga

gempak
Syafiqah Jalal
29/09/2021
02:20 MYT
Sponsor Banner
Selepas 7 Hari, Izreen Azminda Perkenalkan Nama Anak Ketiga
Pelakon Izreen Azminda akhirnya memperkenalkan nama bayi ketiganya selepas tujuh hari dilahirkan.
Bukan sahaja nama, Izreen turut berkongsi masa dan berat ketika anak lelakinya itu dilahirkan.
“Hai semua.. nama saya Ali Idrees bin Muhammad Radzi panggil Baby Ali aje okay..
“Saya dilahirkan pada 21/9/21, jam 9.06am, seberat 2.87kg (selama ni yang besar tu mama..) Ali kecil aje,” katanya berseloroh.
Izreen berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Izreen memuat naik foto bayinya namun menutup sebahagian wajah puteranya dengan emoji hati.
Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji nama bayinya yang ringkas dan menarik.
“Hi baby Ali, sedap nama dia,” kata salah seorang warga maya.
“Assalamualaikum baby Ali.. Semoga membesar mu ke dunia ini, menjadi anak yg soleh,” katany salah seorang netizen.
Izreen melahirkan Ali pada 21 September secara pembedahan di sebuah hospital swasta.
Anak ketiga ini adalah anak kedua hasil perkahwinannya dengan suami, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude pada 8 Ogos 2017.
Sebelum ini, perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata, Aaron Ibrahim, 2, manakala perkahwinan pertamanya dengan bekas suami, Muhammad Riza Baharudin dikurniakan seorang anak iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia lapan tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024