Pelakon Didie Alias, 49, mendedahkan anak keempatnya iaitu Nur Dayini, 23, disahkan positif COVID-19, pada hari Rabu.
Menurut Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd @ Ali berkata berita duka itu diterima sebelum penganjuran Bazar Raya Che Salmah dan sudah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), semalam.
Katanya, Dayini dijangkiti wabak tersebut selepas menjaga bapanya iaitu aktor Ridzuan Hashim di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung serta mengalami paru-paru berair.
"Kebetulan anak saya memang menjaga bekas suami yang menerima rawatan di HKL akibat serangan jantung dan mengalami paru-paru berair.
"Nak dijadikan cerita, bila bekas suami pulang ke rumah dia dimaklumkan rupa-rupanya ada pesakit COVID-19 di hospital tersebut.
"Selepas dimaklumkan perkara itu, dia terus lakukan ujian calitan dan disahkan positif.
"Beberapa hari selepas itu, anak saya pula alami simptom demam dan sakit tekak. Dia pun lakukan ujian calitan.
"Hari Rabu lalu, keputusan ujian calitan pun keluar.. dia disahkan positif. Disebabkan dia alami beberapa simptom seperti hilang deria rasa, semalam dia dihantar ke MAEPS (Serdang) untuk rawatan susulan," katanya kepada Gempak.
Didie ditemui di majlis pelancaran Bazar Raya Che Salmah di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Dalam pada itu, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu meluahkan rasa syukur apabila keadaan Dayini semakin baik dan bekas suaminya juga sudah dibenarkan pulang ke rumah.
"Alhamdulillah, keadaan dia bertambah baik cuma dia ada la mengadu yang dia rindukan alat-alat tulis yang berada di rumah.
"Syukur juga, bapanya sudah pulang ke rumah dia selepas jalani rawatan di Hospital Sungai Buloh. Keadaan bapa dia pun semakin baik cuma masih jalani kuarantin di rumah.
"Ini merupakan dugaan terbesar di bulan Ramadan apa tak lagi, ketika acara bazar saya sedang berlangsung tambahan baru-baru ini Instagram saya digodam.
"Tapi beberapa lalu saya sudah mendapatkan akaun berkenaan semula dengan bantuan pihak SRC Record Music," katanya lagi.
Terdahulu, Didie pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ridzuan Hashim pada tahun 1991 namun berpisah pada tahun 2000.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nurdhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza, dan Nur Diyana.
Pada Mei 2009, Didie mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Norisham Ismail.
Zulaikha Yusof
Sat May 01 2021

“Dulu Kami Selalu Dating Dekat Sebuah Kedai…” – Comel Sangat! Rupanya Kopi Satukan Cinta Awal Ashaari Dan Scha
Wah siap ada kedai dah.

Karok Kaw | Memang hancur sesi karok dengan Ubai, Zizan Razak, Meerqeen & ramai lagi!
Kita cabar selebriti malaysia Sambung Lirik yang Ubai nyanyi. Boleh sambung ke idok? Yang penting confident je nyanyi…layannn!!! Tapi Ubai nyanyi ke berpiadato ni? Kalau korang nak tengok selebriti tempatan KAROK dengan penuh emosi kena layan KAROK KAW lah!!! #GMWA2022 #GempakMostWantedAwards #KarokKaw

Ayda Jebat Cemas Anak Demam Panas, Bergegas Bawa Ke Unit Kecemasan - “Suhu Badan Dah Cecah 40…”
Semoga Nayla cepat sembuh.

“Saya Masih Suami Dia, End Of The Day Saya Akan Tidur Dengannya Di Atas Katil” - Syamsul Yusof
Syamsul masih suami Sarah
![[VIDEO] “Enough Is Enough, I’m Tired… Lepaskan Saya” – Proses Pendamaian Gagal, Puteri Sarah Nekad Cerai [VIDEO] “Enough Is Enough, I’m Tired… Lepaskan Saya” – Proses Pendamaian Gagal, Puteri Sarah Nekad Cerai](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-enough-is-enough-i-m-tired-lepaskan-saya-proses-pendamaian-gagal-puteri-sarah-nekad-cerai.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Enough Is Enough, I’m Tired… Lepaskan Saya” – Proses Pendamaian Gagal, Puteri Sarah Nekad Cerai
Semoga dipermudahkan urusan.

“Kami Profesional, Personal Is Personal” - Netizen Suruh Tarik Diri, Sharnaaz Ahmad Respon Isu Syamsul & Aaron
Sharnaaz kata kerja tetap kerja.

Lepak SeramLEPAK SERAM - EP1 - PART 1
Ubai dan Uncle D lepak bersama Blue & Jaynie. Seawal usia 11 tahun, Blue Asyraff, seorang penulis bebas dan penerbit di Astro Gempak didewasakan melalui pengalaman ngeri melihat ibu kandungnya ‘dibuat’ orang sehingga menghembuskan nafas terakhir. Peristiwa mistik seperti iu, turut dialami oleh Jaynie, seorang penerbit di eGG. Sambil mendengar kisah seram itu, Ubai dan Uncle D turut kongsikan pengalaman mereka berkaitan kisah mistik. Apa yang terjadi kepada keluarga mereka? Saksikan Lepak Seram, setiap Khamis, 11 Malam di Youtube, Instagram, Facebook & Website Astro Gempak, Sooka & Youtube, Instagram, Facebook eGG #lepakseram

LEPAK SERAM - EP1 - PART 2

LEPAK SERAM - EP1 - PART 3

Beri Kegembiraan Kepada Penduduk Palestin Syria & Yaman Ramadan Ini, Hulurkan Sumbangan Kepada Mereka Yang Memerlukan
Hulurkan Sumbangan Kepada Mereka Yang Memerlukan