Setelah kejayaan lagu Pencuri dan Marry Me, penyanyi dan pelakon Mark Adam bakal tampil dengan single terbaru yang berjudul Amnesia.
Menurut Mark, 38, sudah tiga tahun dia tidak mencipta lirik lagu untuk dirinya.
"Amnesia merupakan hasil ciptaan saya bersama Adeep Nahar.
"Selepas Marry Me, saya mengambil masa selama tiga tahun untuk kembali mencipta lirik lagu.
"Ramai peminat yang tanya bila saya hendak tampil dengan single baharu tetapi ketika itu saya sibuk berlakon.
"Sekarang ini, saya fikirkan ia merupakan masa terbaik untuk berikan lagu terbaru kepada peminat," katanya.
Mark ditemui di majlis Bee Factory Award Night di Glasshouse, Ampang.
Penyanyi lagu Berat ini berkata, dia akan mengeluarkan muzik video yang bakal memberikan satu kelainan kepada penonton.
"Untuk memahami tentang lagu Amnesia ini, peminat kena menonton dahulu muzik videonya.
"Dalam muzik video akan ada unsur komedi dan lakonan kerana saya ingin kembalikan lagu rancak seperti lagu ciptaan saya sebelum ini," katanya kepada Gempak.
Zulaikha Yusof
Fri Sep 14 2018
Tak Gemar Sambut Birthday, Ziana Zain Menangis Terima Surprise Anak-Anak
Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui tersentuh apabila mendapat kejutan daripada anak-anaknya ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-55 pada tahun lalu.
Uji Bakat - TikTok X ASTRO LIVE Gimme The Mic
Korang rasa korang ada bakat terpendam yang ingin dikongsikan? Ini lah masanya untuk anda menyerlah dan andalah yang kami cari! Jom join Gimme The Mic sekarang!
Netizen Sempat Rakam Detik Cemas Pokok Tumbang Hempap Landasan Monorel, Kereta Di Jalan Sultan Ismail
Doakan semoga semuanya selamat.
[PROMO] TikTok Gimme The Mic MY
Lelaki Kantoi Curi & Kumpul 675 Helai Seluar Dalam Wanita
Pelik tapi benar. Itulah yang boleh diperkatakan berkaitan satu perbuatan jenayah di mana seorang individu mencuri dan mengumpul sebanyak 675 helai seluar dalam wanita.
Aina Abdul Dikritik Bawa Lagu Whitney Houston, Tyra Kamaruzzaman Respon - “Wedding I Suka Hati Lah, Bey Soba Bey Pun Boleh”
Tuan badan punya wedding dah jawab.
Ke Kodiang With Love: Recap Episod 1 & 2 - Semua Effort Gagal, Agak-Agaknya Dapat Ke Ajib Pikat Naziah?
Bila buat perancangan nak pikat Naziah, ada sahaja masalah yang terpaksa dihadapi oleh Ajib. Persoalannya, adakah plan yang dirancang oleh Ajib untuk bersama Naziah akhirnya berjaya? Jadi bagi yang tak sempat menonton, berikut merupakan recap drama Ke Kodiang With Love.
Polis Jumpa Ular Dalam Seluar
Seorang lelaki ditahan selepas cuba menyeludup dua ekor ular yang disembunyikan di dalam seluarnya
Faisal Halim Kritikal, Tangan Kiri Sukar Bergerak
Doakan Faisal cepat sembuh
Shila Amzah Berharap Dapat Bersalin Secara Normal - “Ini Merupakan Yang Paling Lama Saya Mengandung…”
Semoga dipermudah.