Laman Utama
Semakin Banyak Sokongan Membantah Rejim Zionis, Israel Kutuk Bella Hadid
Israel mengutuk tindakan supermodel terkenal Bella Hadid yang turun menyertai demonstrasi menyokong rakyat Palestin di Brooklyn, New York pada hujung minggu lalu.
Menerusi laman sosial Twitter, Israel menganggap penglibatan Bella atau nama sebenarnya Isabella Khair Hadid, 24, seperti meminta ‘negara Yahudi dihapuskan’
“Apabila selebriti seperti @BellaHadid menyokong membuang orang Yahudi ke laut, mereka secara tidak langsung menyokong menghapuskan negara Yahudi.When celebrities like @BellaHadid advocate for throwing Jews into the sea, they are advocating for the elimination of the Jewish State.This shouldn't be an Israeli-Palestinian issue. This should be a human issue.Shame on you.#IsraelUnderAttack pic.twitter.com/PJQHT90cNy— Israel ישראל (@Israel) May 16, 2021
“Ini tidak seharusnya menjadi isu Israel-Palestin. Ini harus menjadi isu kemanusiaan. Awak (Bella) patut berasa malu,” ,” tulis pentadbiran Israel di laman Twitter rasminya.
Menurut laporan portal berita Page Six, populariti dan pengaruh yang dimiliki Bella membuatkan semakin ramai orang menentang Israel dan menyokong gerakan membantah serangan Rejim Zionis ke atas Palestin.
Ciapan tersebut turut disertakan dengan sekeping foto tangkap layar Bella ketika acara tunjuk perasaan yang memaparkan wanita itu memakai pakaian tradisional Palestin, Keffiyeh dan pelitup muka.
Bella yang mempunyai darah Palestin dari sebelah bapanya, Mohamed Hadid turun berhimpun bersama beribu-ribu penunjuk perasaan lain dalam demonstrasi di Bay Ridge ketika Israel bertubi-tubi menyerang Gaza.
Kakaknya yang juga seorang supermodel ternama, Gigi Hadid turut sama berkongsi catatan penuh emosi di Instagram untuk menyokong rakyat Palestin.
“Anda tidak boleh membiarkan diri anda untuk tidak peka melihat nyawa manusia direntap. Nyawa rakyat Palestin adalah nyawa yang akan membantu mengubah dunia. Nyawa mereka hilang dari kami dalam sekelip mata. #FreePalestine, “tulisnya lagi.
Must-Watch Video