Sempena ulang tahun kelahiran ke-30 pelakon Neelofa semalam, ibunya Noor Kartini Noor Mohamed telah memberikan ucapan khas buat anaknya.
Noor Kartini memberitahu dalam ucapannya, dia mendoakan segala kebaikan buat anaknya termasuk berharap ditemukan dengan jodoh yang baik.
“HAPPY BIRTHDAY LOVE.. Ya Allah Ya Rahman dengan zat kasih sayangmu ku menadah tangan memohon kepadamu sempena hari lahir buah hati kesayanganku, penyeri hidupku, penawar rinduku , pengubat jiwaku ini.. kurniakan umur yang panjang dalam keberkatan dan menfaat utk kehidupan dunia dan akhiratnya, kesehatan yang afiyah ,
“Ya Allah kurniakan rezeki yang terbentang luas seperti pasir di pantai,buih buih dilaut dan seperti air zam zam yang telah Allah keluarkan dari perut bumi Mekah yang tak pernah putus2 dari zaman berzaman yang menjadi penawar kepada seluruh hamba yang berada di seluruh pelusuk dunia ..
“Kurniakan pasangan hidup yang mulia disisimu dan kekal hingga ke Jannah kepadanya..semoga dengan jodoh ini Allah tinggikan darjatnya,muliakannya dan dengan jodoh ini dapat menjadi contoh dan idola kepada seluruh masyarakat Dunia.dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..
“Ya Allah jadi setiap langkahnya,hayunan tangannya,hembusan nafasnya,kelipan matanya,alunan suaranya sebagai ibadah yang menjadi penyebab puteriku ini menjadi penghuni Syurgamu.
“Ya Rabb kurniakan pandangan kasih sayangmu kepadanya supaya siapa sahaja yang memandangnya dengan pandangan dari zat kasih sayangmu,” tulisnya.
Ibu kepada pengacara Meletop itu berkongsi ucapan tersebut di akaun Instagram miliknya.
Noor Kartini juga berharap Neelofa sentiasa diberikan kekuatan menghadapi ujian hidup yang sering melanda anaknya.
“Wahai puteriku, mama sentiasa ibaratkanmu seperti berlian yang berharga..di cipta Allah dgn tekanan yg amat dahsyat sehingga terjadinya berlian yang sangat cantik dan berharga..
“Walau pun tekanan dan ujian yang love lalui tapi itu adalah kerana Allah ingin menaikkan martabatmu dan dekat dirimu dengan Allah..dan ujian ini hanyalah dilalui oleh manusia yang hebat dan yang terpilih oleh Allah sahaja sayang..
“Mama sentiasa akan mendoakan kejayaan dunia akhirat utk love dan doa mama doa keramat yang tiada hijabnya.. ini adalah janji Allah.. dan mama sentiasa meredhai love .. kerana juga janji Allah redha nya datang setelah redha seorang ibu kepada anaknya..
“Semoga Allah segera qabulkan setiap doa love, capaikan setiap cita2 love, sempurnakan hajat love dan permudahkan segala usaha dan urusan love.. ..Ammin Amiin Allahumma Amiin
Mama love you @neelofa HAPPY BIRTHDAY SAYANG,” katanya lagi
Sempena ulang tahun itu, Neelofa juga turut menganjurkan majlis Light and Love Saturdate pada Sabtu
Ia majlis kegamaan berkonsepkan perkongsian ilmu yang memberi fokus terhadap cara untuk mengerjakan solat dengan lebih sempurna.
Syafiqah Jalal
Mon Feb 11 2019


#BIGSTAGE5: Tiga Kali Bottom Three, Meer Nash Akur Tersingkir! Semak Markah Penuh Semua Peserta
Semoga maju jaya di luar sana Meer Nash!

“Saya Bukan Doktor, Saya Hanyalah Pelakon” - Mario Maurer Nasihatkan Peminat Yang…
Eh peminat tanya apa tu?

#BIGSTAGE5: Hari Jiwa Galau! Ini Senarai Lagu Minggu Keempat, Semoga Hati Kuat
Malam galau minggu keempat.

Tiket Licin 48 Jam, Konsert D'Masiv Tambah Satu Malam Lagi! - "Giring Pula Diundang Sebagai ..."
Wow! Peluang koranglah ni.

Penyanyi Lagu 'I Don't Care' Rendy Pandugo Datang KL 10 Jun Ini - "Ini Kesempatan Besar, Tak Mungkin ..."
Rendy Pandugo dijadualkan akan menghiburkan peminatnya pada 10 Jun 2023 di Gudang Space @ The Paddock, Petaling Jaya, Selangor

“Kuatkan Diri Walaupun Tidak Boleh Berjalan…” - Tiada Niat Rahsiakan Pertunangan, Ubai Lebih Utamakan Kesihatan Ibu
Doakan semoga ibu Ubai kembali sihat. Amin.

“Kerana Tanggungjawab Sebagai Seorang Ibu, Saya…” - Linda Rafar Kembali Aktif, Kini Muncul Dengan Sujud
Bagi ibu anak tetap nombor satu.

“Lagu Ini Buat Ibu Dan Nenek, Mereka Kekuatan Saya” - Adam Shamil Muncul Dengan Bantu
Tahniah Adam.

"Sakit Hati Sebab Saya Pernah Alami..." - Fazura Terkesan Insiden Family Dihalau Keluar Pesawat Sebab Anak Menangis
Siapa tak sakit hati?
![[VIDEO] Rumah Tempat Saya Membesar... - Issey Sebak, Rumah Arwah Ibu Hangus Terbakar! [VIDEO] Rumah Tempat Saya Membesar... - Issey Sebak, Rumah Arwah Ibu Hangus Terbakar!](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/nov/sekadar-gambar-hiasan-2023-05-28t090647-254.png?ext=.png)
[VIDEO] "Rumah Tempat Saya Membesar..." - Issey Sebak, Rumah Arwah Ibu Hangus Terbakar!
Allahuakbar!