Berita

Semua Wasiat Kena Ikut Ke? Ini Penjelasan PU Syed

gempak
ZULHILMI JALIL
02/07/2020
10:17 MYT
Sponsor Banner
Semua Wasiat Kena Ikut Ke? Ini Penjelasan PU Syed
Jika seseorang meninggal dunia, mungkin harta yang ditinggalkan itu akan diwasiatkan kepada mana-mana individu yang dingini.
Cuma, tidak dinafikan isu wasiat ini juga seringkali menjadi pertikaian dalam kalangan ahli keluarga si mati.
Lebih-lebih lagi apabila wasiat berkaitan harta itu diberikan kepada mereka yang bukan dalam kalangan waris.
Situasi itu secara tidak langsung menimbulkan persoalan sama ada wasiat itu perlu dipatuhi sepenuhnya atau tidak.
Begitupun, pendakwah Pencetus Ummah (PU) Syed, tampil menjelaskan situasi sebenar yang perlu difahami dalam kalangan masyarakat mengenai isu wasiat.
"Wasiat berkuatkuasa setelah matinya pemberi wasiat, dan dalam tempoh itu, jika dia masih hidup, dia berhak sepenuhnya untuk membatalkan wasiat tersebut.
"Namun, jika setelah kematiannya, dan terdapat wasiat yang diberikan kepada waris dan waris itu pula yang berhak dan mempunyai kadar dalam faraid, maka menguatkuasakan wasiat tersebut mestilah dengan keizinan waris-waris yang lain.
"Sebaliknya, jika wasiat itu diberikan kepada bukan waris, maka perlu dilaksanakan dengan tidak melebih 1/3 hartanya.
"Jika diwasiatkan lebih, contohnya 1/2 harta diberikan, maka mestilah terlebih dahulu kena mendapat persetujuan waris-waris yang layak menerima faraid," jelasnya menerusi satu entri di Instagram.
Asalkan namanya WASIAT semua kena ikut ke? Wasiat secara mudahnya bermaksud pesanan, atau lebih sinonim dgn masyarakat kita pemberian harta kpd waris atau bukan waris selepas matinya pemberi wasiat Sedangkan wasiat juga boleh diluaskan lagi dgn bermaksud pesanan utk melakukan sesuatu atau neninggalkan sesuatu atau juga memberi dan menyerahkan sesuatu Wasiat berkuatkuasa setelah matinya pemberi wasiat, dan dalam tempoh itu, jika dia masih hidup, dia BERHAK sepenuhnya utk membatalkan wasiat tersebut Namun, jika setelah kematiannya, dan terdapat wasiat yg diberikan kpd waris dan waris itu pula yg berhak dan mempunyai kadar dalam FARAIDH, maka menguatkuasakan wasiat tersebut, mestilah dgn KEIZINAN waris² yg lain, namun sebaliknya, jika wasiat itu diberikan kpd bukan waris, maka perlu DILAKSANAKAN dgn tidak melebih 1/3 hartanya, jika diwasiatkan lebih, cthnya 1/2 harta diberikan, maka mestilah terlebih dahulu kena mendapat persetujuan waris² yg layak menerima faraidh Ini adalah asasnya, namun dlm kes di atas, hukum melaksanakan wasiat tersebut adalah HARUS utk diikuti jika rumah tersebut masih kekal boleh digunakan, dan tidak berbahaya kpd penghuninya, namun jika ahli waris tetap nak robohkan maka ianua tidaklah menjadi DOSA kerana harta2 tersebut bukan lagi milik pemberi wasiat, bahkan sudah menjadi harta pusaka Banyak cerita karut yg mengatakan ibu atau ayah dlm kubur akan merana atau akan jd malapetaka sebab tak ikut wasiat seumpama itu, maka toksahlah percaya Sekian sedikit pencerahan dr ambe Syed Bakri Al-Yahya #PusakaAtauPuaka #BiarTahuJanganDokTahu
A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahyaofficial) on
Dalam entri tersebut PU Syed turut memberikan situasi apabila si mati mewasiatkan untuk tidak merobohkan rumah pusaka.
"Hukum melaksanakan wasiat tersebut adalah harus untuk diikuti jika rumah tersebut masih kekal boleh digunakan dan tidak berbahaya kepada penghuninya.
"Namun, jika ahli waris tetap nak robohkan maka ia tidaklah menjadi dosa kerana harta-harta tersebut bukan lagi milik pemberi wasiat, bahkan sudah menjadi harta pusaka.
"Banyak cerita karut yang mengatakan ibu atau ayah dalam kubur akan merana atau akan jadi malapetaka sebab tak ikut wasiat seumpama itu, maka toksahlah percaya. Sekian sedikit pencerahan dari ambe," tulisnya.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024