Pelakon Amyra Rosli mengakui bersyukur apabila diberikan peluang untuk menjadi artis undangan bersama kumpulan Sepahtu dalam rancangan Sepahtu Reunion Live 2019.

Menurut Amyra, sebagai seorang pelakon yang sering membawa watak berat dia mengakui puas apabila dapat menghiburkan penonton menerusi rancangan seperti ini.

"Sebenarnya perkara ini tidak dijangka sebab saya datang ke Sepahtu sebagai artis jemputan dan skrip tidak diberikan.

"Saya rasa beruntung kerana Sepahtu banyak membantu kerana mereka tak makan artis jemputan yang hadir.

"Bila ada benda nak ubah dan tukar mereka akan bagi tahu situasi dan skrip semuanya saya harus lakukan sendiri secara spontan.

"Saya tak pernah masuk Sepahtu dan saya ingat mereka akan bagi skrip terlebih dahulu, kerana bila ada skrip saya ingat selamat sikit.

"Saya rasa benda itu spontan saja bagi saya dan ini mungkin lepas gian juga kerana saya banyak berlakon cerita menangis-menangis dan jarang bawa watak ringan," katanya kepada HLive.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).