Hiburan
Serasi Tak Dibuat-Buat, Iman Troye Selesa Adib Ada Dalam MV Bunga Kemboja - "Lagu Ini Memang Berdasarkan Kisah Sebenar"
Penyanyi muda, Iman Troye berkongsi bahawa lagu Bunga Kemboja yang dilancarkan baru-baru ini merupakan sebuah lagu yang ada kena mengena dengan percintaanya yang terdahulu.
Kisah Cinta Iman Troye
Menurut pelantung lagu Nang, ketika proses lagu itu berlangsung dia telah ditinggalkan oleh kekasihnya itu.
“Masa tengah merakam lagu bunga kemboja, telah terjadi sesuatu dalam perhubungan saya, jadi pada ketika itu saya tengah patah hati.
“Saya ditinggalkan, mungkin saya ini bukan yang terbaik untuk dia dan ada juga berlaku salah faham.
“Sekarang dia pun sudah ada yang baharu, tapi tak apalah, dalam hidup kita memang kenal orang, people come and go.
“Jadi lagu ini memang saya keluarkan berdasarkan kisah benar,” ujarnya
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Hubungan Istimewa, Adib Hanya 'Hero' Dalam Muzik Video Iman Troye
ARTIKEL BERKAITAN: Digosipkan Sedang Bercinta, Adib Banana Akui Sedang Berkawan Rapat Dengan Iman Troye
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Bapa Diugut Bunuh, Iman Troye Tidak Buat Laporan Polis - "Saya Rasa Yang Tulis Itu ..."
Selesa bekerja dengan Adib
Mengulas perhubungan dengan Adib Aidil, Iman mengakui bahawa dia selesa berkawan dengan juruterbang yang juga usahawan itu.
Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin,21, berkongsi dia memilih Adib untuk membintangi muzik video tersebut kerana mereka berdua sudah berkenalan dah mempunyai keserasian.
“Kita rancang lagu ini berdasarkan kisah benar, jadi perlu ada hero dan juga heroin.
“Jadi pihak pengurusan saya minta saya pilih mana-mana hero yang dekat dengan hati saya dan selesa buat saya bekerjasama, jadi saya pilih Adib.
“Saya dah kenal dia setahun, jadi kami rasa dekat untuk bekerjasama sebab keserasian itu memang ada dan tidak dibuat-buat, jadi bila berlakon nampak sangat natural,” kongsi Iman kepada Elly Mazlien semasa muncul didalam Carta 40 Era.
Untuk info, muzik video Bunga Kemboja sudah mencapai lebih 800,000 tontonan dilaman Youtube.
Must-Watch Video