Hari ini merupakan pembukaan cawangan ElewsMart yang pertama di Bandar Baru Bangi dan ternyata ianya mendapat sambutan yang sangat luar biasa daripada orang ramai.

Baca: Siapa Patut Membeli di ElewsMart? Viral Di Twitter, Ramai Beri Pandangan & Pendapat

Baca: “Masyaallah, Murah Betul…” – Neelofa Terkejut Harga Barangan Di Pasar Raya Ebit Lew

Baca: Ebit Lew Tawarkan Aiskrim Cornetto Pada Harga 10 Sen, Rupanya Ini Sebabnya...



Ratusan orang beratur panjang mengunjungi cawangan pertama ElewsMart membuatkan Ustaz Ebit Lew menjadi sebak.

"Ya Allah sebak sayu rasa di pembukaan Elewsmart Bandar Baru Bangi. Terima kasih semua yang mendoakan. Ramainya orang yang hadir memberi sokongan dan mendoakan.



"Jauh-jauh datang. Semua beri isyarat wajah atau tangan. Maksudnya kita semua sebuah keluarga," tulis Ebit Lew di Facebook dan Instagram miliknya.

Selain video di Instagram, banyak gambar yang dikongsi bersama di Facebook sempena pembukaan cawangan yang pertama itu.

Ya Allah sebak sayu rasa di pembukaan @elewsmart Bandar Baru Bangi. Terima kasih semua yang mendoakan. Ramainya orang yang hadir memberi sokongan dan mendoakan. Jauh-jauh datang. Semua beri isyarat wajah atau tangan. Maksudnya kita semua sebuah keluarga-ebitlew elewsmart Saudaraku Murah?

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on


Esok, cawangan kedua daripada 10 cawangan akan dibuka secara rasminya di TTDI Grove Kajang. Antara cawangan lain yang akan dibuka seterusnya adalah di Cyberjaya, Dataran Perniagaan Cheras dan Prima Sri Gombak Batu Caves.



Tidak ketinggalan juga di Plaza KLTS Gombak, Dataran Villa Putra Sg. Buloh, Pelangi Square Petaling Jaya, Seksyen 22 Shah Alam dan Taman Subang Perdana Shah Alam.