Hiburan

Set Penggambaran Dikosongkan Tiga Jam Gara-Gara Will Smith Terkentut

gempak
Umirah Halim
04/10/2024
08:25 MYT
Sponsor Banner
Set Penggambaran Dikosongkan Tiga Jam Gara-Gara Will Smith Terkentut
Pelakon, Will Smith pernah terkentut ketika sedang berada di set penggambaran filem Man In Black.
Kejadian tersebut berlaku sewaktu dia melakonkan babak dalam sebuah kereta yang ditutup rapat.

Kosong tiga jam

Pengarahnya iaitu Berry Sonnenfeld mendedahkan set penggambaran itu juga pernah dikosongkan selama tiga jam gara-gara insiden tersebut.

BERITA TRENDING: EKSKLUSIF: “Yang Menghancurkan ‘Masjid’ Saya

​BERITA TRENDING: Jofliam Dakwa Sudah Lafaz Taklik, Ini Respons Cik Epal
​BERITA TRENDING:​ Pemandu Kejam Larikan Diri, Biar Pelajar Tadika & Guru Mati Terbakar Dalam Bas
BERITA TRENDING: Dalam Keadaan Tenang, Ini Respons Fazura Mengenai
Malah, gara-gara penangan bau busuk itu juga, pelakon dan kru penggambaran terpaksa keluar dengan memanjat bumbung kereta memandangkan pintu tidak boleh dibuka.
"Saya dah Will sedang bersiap-siap untuk sebuah babak dalam kereta. Kereta itu dikunci sebab tak nak ia terbuka.

"Malang tak berbau, tiba-tiba Will minta maaf dekat kami semua dan tahu-tahu saja bau kentut dia sudah memenuhi ruang kereta.

"Kami terus ambil tangga dan cepat-cepat panjat keluar dari kereta, busuk betul kentut dia," katanya.
Tambah pengarah itu, susulan kejadian itu, ramai pelakon enggan duduk bersebelahan Will kerana tidak mahu menjadi mangsa bau kentutnya.
"Sejak itu, tiada siapa yang sanggup berada dalam ruang sempit dengan Will apatah lagi duduk di sebelahnya," ujarnya.
Untuk rekod, Will popular dengan watak Agent J menerusi filem Men In Black pada 1997.
Sumber: Mail Daily Video
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live