HIBURAN
“Setiap Kali Solat Saya Berdoa Untuk Mereka…” - Salina Saibi Gembira Syamsul Yusof Kembali Ke Pangkuan Keluarga
Pelakon Salina Saibi menzahirkan rasa gembira selepas hubungan pengarah, Syamsul Yusof dan keluarganya sudah kembali terjalin.
Sentiasa mendoakan
Sebagai sahabat baik, Salina berkata dia sentiasa mendokan kebahagiaan buat keluarga Syamsul.
“Alhamdulillah, saya turut merasa bahagia. Memang itu yang saya impikan malah setiap kali solat saya akan berdoa untuk mereka.
‘Kita semua tak tahu apa yang terjadi antara mereka, tetapi selepas mereka bertaut kembali saya pasti satu keluarga Skop Production gembira,” ujarnya.
Pelakon berusia 43 tahun itu juga memaklumkan bahawa dia pernah berhubung dengan Syamsul sebelum ini, namun tidak menyentuh secara terus mengenai hal keluarganya.
“Sebagai seorang kawan, saya ada hubunginya sebelum ini namun saya tidak menyentuh tentang keluarga secara 'direct', maksudnya saya hanya beri bayangan sahaja.
“Syamsul tidak beremosi, responnya hanya relaks dan diam. Kami pun tak pernah bertemu hanya berhubung di media sosial sahaja,” katanya.
Salina berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Starvendor KL Mega Raya Festival 2025 yang diadakan di Ruang Rama Event Space, Petaling Jaya.
Terdahulu, Syamsul bersama keluarga dilihat kembali mesra ketika meluangkan masa bersama bercuti di Switzerland sekitar Januari lalu.
Sebelum ini, konflik antara Syamsul bersama dua ibu bapanya bermula apabila dia dilapor sudah lama tidak berhubung dengan keluarga selepas berlaku pergolakan rumah tangga dengan bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana hingga membawa kepada perceraian.
Konflik itu berlanjutan apabila pengarah Syamsul bernikah secara rahsia dengan Ira, yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi.
Selepas bertahun tidak berjumpa, akhirnya Syamsul kembali ke pangkuan keluarga selepas bercerai dengan Ira pada September tahun lalu.
Must-Watch Video