Penyampai radio Gegar FM, Shah dan Mek Zura bersyukur hasrat untuk membantu Siti Suhada, peniaga ‘Nasi Berlauk Lockdown’ terlaksana.
Shah, 35, berkata, biarpun nilai pembelian tidak besar, namun sokongan diberikan diberikan amat bermakna di saat ramai sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.
"Syukur, sedikit sebanyak usaha yang dilakukan dapat membantu peniaga kecil seperti Siti Suhada. Seronok saya tengok orang beratur panjang untuk mendapatkan ‘Nasi Berlauk Lockdown' yang diagihkan.
“Kami gembira dapat membuatkan orang lain tersenyum," katanya.
Sementara itu, Mek Zura, 38, meluahkan rasa lega kerana hajatnya dan Shah dapat disempurnakan.
"Alhamdulillah, terlaksana juga hajat kami untuk membantu meringankan beban Siti Suhada. Dapat juga mempromosikan perniagaan Siti Suhada, secara tak langsung.
"Dengan sedikit pertolongan ini dapat juga mengubat kerinduan pendengar setia Gegar Pagi di Tumpat
“Dengan cara ini secara tidak langsung dapat membantu mempromosikan perniagaan kecil Siti Suhada.
“Walaupun hanya belanja ‘Nasi Berlauk Lockdown' dengan cara mewakilkan Siti Suhada, ia dapat merapatkan lagi jalinan ukhuwah antara penyampai radio Gegar dengan pendengar," katanya.
Sebelum ini kisah ‘Nasi Berlauk Lockdown' yang dijual dengan harga RM1.50 yang diusahakan Siti Suhada Salleh di Kampung Alor Tal, Tumpat, Kelantan mencuri perhatian ramai.
Nasi bungkus berlaukkan gulai ayam, ikan dan ayam goreng serta nasi lemak yang dijual Siti Suhada sejak pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh, menjadi tular pada awal bulan ini.
Fiza Kamarudin
Mon Jun 28 2021


GV10: “Semoga Terus Cemerlang, All The Best Adikku” - Bahang Kian Terasa! Anuar Dan Ziana Zain Pun Dah Wish Noryn Aziz
Wah Ziana dan Anuar Zain pun beri sokongan tau.

"Anak Bekas Menteri Terima Biasiswa Di Bawah Asnaf Fisabilillah" - MAIWP
Pemberian biasiswa kepada anak bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berasaskan takrifan asnaf fisabilillah.

"Enjoying Last Day Lepak-Lepak, Nak Pergi Massagelah" - Aishah Sebelum All Stars Gegar Vaganza Mula!
Good luck Datuk Aishah!

“Bahagia, Rasa Tenang” - Afdlin Shauki Sahkan Sudah Berkahwin
Alhamdulillah.

“Panik! Dekat Sejam Rungkai Tak Berjaya” - Rambut Anak Melekat Teruk Di Sikat, Ibu Tebal Muka Jumpa Abang Bomba
Nasib baik ada abang Bomba.

Tan Sri Musa Hassan Kini Suami Qistina Lim, Netizen Ucap - “Tahniah Datuk Jalaluddin Hassan Dapat Kakak Ipar"
Tahniah Tan Sri Musa Hassan.

Hati-Hati Peraga Barang Kemas RM150,000, Puteri Sarah Pernah Menangis Gelang Lipan Sumayyah Hilang!
Puteri Sarah dan Sumayyah baru-baru ini menjadi muse jenama barang kemas Trishya & Co.

GV10: “Berdebar Juga Jantung Ni” - Sesi Soundcheck Buat Jaclyn Victor Nervous Jumpa Tok Ram!
Jac pun rasa nervous dengan Tok Ram tau.

"Wallahi, Saya Tak Tengok Content Sajat" - Atiq Azman Nafi Tiru Live Masak-Masak Sajat
Pelakon Atiq Azman menafikan dakwaan segelintir warganet bahawa dia meniru konten memasak live sepertimana usahawan viral Nur Sajat.

GV10: “Sedih Sebab Ayah Tak Dapat Tengok…” - Siti Nordiana Balik Sendayan, Mohon Restu Ibu
Nana cari kekuatan, mohon restu ibu.