Penyampai radio, Fizi Ali mempersoalkan individu yang hadir bersama bekas isterinya, Shakilla Khoriri ke mahkamah.

Bagaimanpun Fizi enggan menjawab ketika disoal media mengenai siapakan identiti lelaki berkenaan sebaliknya menyerahkan kepada Shakilla untuk mendedahkannya.

“Nampak tak dengan siapa dia datang? Nampak tak siapa dalam kereta yang dia naik tu? Tak nampak? Okay tidak apa.

“Tapi saya tak boleh jawab dengan siapa dia datang. Biar dia jawab sendiri,” ulasnya pendek.

BERITA TRENDING: “Fail Hadanah Bukan Nak Berebut Anak Tapi Untuk Dapat Kasih Sayang Sempurna” - Fizi Ali


Syakilla sebelum ini enggan memberikan komen sejurus tamat prosiding Sulh berhubung tuntutan Hadanah anaknya, Ameena Sofia.

BERITA TRENDING: Shakilla Koriri Bidas Fizi - “Kalau Rasa Nak Bersama Anak Munculkan Diri, Bukan Ghaib


Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, bagaimanapun memohon maaf kepada pengamal media sebelum bergegas menaiki kereta jenis BMW berwarna hitam dan meninggalkan perkarangan mahkamah.

“Nanti kita jumpa bulan depan, saya minta maaf, terima kasih banyak banyak.

“Saya ada urusan lain, saya sibuk sikit. Maaf korang, sorry bye-bye semua. Sayang, thank you so much,” ujarnya.

BERITA TRENDING: Shakilla Bergegas Keluar Mahkamah, Enggan Komen - “Maaf Korang, Bye Bye”


Terdahulu, Fizi dan Shakilla hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi prosiding Sulh, pada Isnin.

Sebelum ini, Fizi menerusi hantaran di Instagram meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat berjumpa anak tunggalnya ketika hari graduasi.

Dia kemudian mendakwa Shakilla telah menyekat nombor telefonnya dan tidak boleh dihubungi.

BERITA TRENDING: Sedih Fizi Ali Datang Majlis Graduasi Anak Tapi Anaknya Tak Muncul-Muncul!


Susulan itu, Fizi terpaksa membawa tuntutan hak penjagaan anak ke mahkamah.

Imbas kembali, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018, namun bercerai dua tahun kemudian.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 5.

Kemudian, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal anak satu yang juga ahli perniagaan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober.