Hiburan

Sheeda Masih Tak Stabil Selepas Pemergiaan Anak Ketiga - “Mama Rasa Sunyi Sangat Tanpa Alin Tapi…”

gempak
Asyikin Mayudin
01/04/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
Sheeda Masih Tak Stabil Selepas Pemergiaan Anak Ketiga - “Mama Rasa Sunyi Sangat Tanpa Alin Tapi…”
Pemergiaan anak ketiga, Nurfazlinda Ahmad Fazli dipercayai akibat kanser hati pada pagi Khamis lalu memberi kesan mendalam kepada penyanyi dangdut Sheeda.
Meluahkan rasa rindu, Sheeda berkata kehidupannya kini terasa sangat sunyi disebabkan arwah sentiasa berada disampingnya ketika masih hidup.
“Hari ketiga pemergiaan Ayieen, mama masih tak stabil lagi, mama sangat-sangat rindu Alin. Mama rasa sunyi sangat tanpa Alin tapi mama kena cuba tenangkan diri mama.
“Kita selalu berdua dalam rumah, pergi mana buat apa, sekarang mama tinggal sorang-sorang. Apa mama nak buat seorang, tapi mama dah janji kat Alin mama tak akan sedih.
“Ada kak Bienda, abang Hafis dan Aiman yang akan ada bersama mama sesekali,” luah Sheeda menerusi video yang dimuat naik di TikTok miliknya pada Ahad.

Kuat Untuk Melepaskan

Pada perkongsian yang sama, Sheeda turut reda dengan pemergiaan anaknya dan mendoakan agar Allah sentiasa menjaga arwah.
“Mama mampu doa, tahlil untuk melindungi Alin di sana, mama berharap Allah menjaga alin lebih dari mama, janji mama, nak jumpa Alin nanti tau.
“Sayang Ayieeen mama sampai jannah… ingatan mama ni setiap hari sedih bila tengok Alin sakit atas dunia ni, sekarang dah berakhir, itu yang buat mama kuat untuk lepaskan Alin pergi.
“Tolong doakan NURFAZLINDA BT AHMAD FAZLI… Al-Fatihah,” tulisnya lagi.
Adik kepada penyanyi Bienda itu meninggal dunia kira-kira pukul 11.30 pagi Khamis dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak.

BERITA TRENDING: “Bukan Masalah Rumah Tangga Atau Orang Ketiga, Tetapi...Pengorbanan” – Sheeda Dangdut Bercerai

BERITA TRENDING:“Jadi Selebriti Ni Bukan Mudah Macam Yang Kita Nampak...”- Suami Jadi Pendengar Setia, Bienda Sambut Anniversary Ke-10

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live