BIG STAGE ALPHA
Shila Amzah Rindu Nyanyi Lagu Bahasa Melayu Untuk Peminat - “Bukan Saya Tak Suka…”
Penyanyi, Shila Amzah mengakui menerima banyak tawaran untuk menyanyikan lagu-lagu berbahasa Mandarin selepas kejayaannya menembusi pasaran muzik di China sejak lebih sedekad lalu.
Shila atau nama sebeanrya Nurshahila Amir Amzah, 35 berkata dia kini mula merindui untuk menyanyikan lagu-lagu berbahasa Melayu khas buat para peminatnya di Malaysia.
"Bukan saya tidak suka di mana saya berada sekarang (penerimaan peminat Cina), tetapi sebagai penyanyi dan penggubah lagu kita ada jati diri sebagai anak Malaysia.
"Sekarang ini apabiila saya diundang membuat persembahan pentas atau majlis makan malam, saya jarang dapat menyanyikan lagu Melayu.
"Cuma malam ini (Rabu) saya dapat menyanyikannya di hadapan peminat sehingga mula terbit perasaan rindu itu," katanya kepada Gempak.
Shila berkongsi perkara itu ketika ditemui di acara Showcase Big Stage Alpha yang diadakan di Pavilion, Kuala Lumpur pada malam Rabu.
Tambahnya lagi, pelantun lagu Patah Seribu itu turut memberitahu dia sudah lama menyimpan hasrat untuk kembali menghiburkan peminat tempatan dengan koleksi lagu-lagu Melayu yang pernah melonjakkan namanya satu ketika dahulu.
Bagaimanapun, Shila juga yakin bahawa dia masih mempunyai peminat yang ramai di Malaysia yang merindui nyanyiannya dalam bahasa Melayu namun masih tidak berkesempatan merealisasikan permintaan tersebut.
"Kebanyakan peminat saya sekarang adalah berbangsa Cina. Ini disebabkan karier saya yang sudah memasuki tahun yang ke-10 di China.
"Dalam masa sama, sudah tentu saya merindukan peminat-peminat yang meminati lagu bahasa Melayu nyanyian saya," ujarnya.
Walaupun sudah berada di dunia industri selama 25 tahun. Shila turut berkongsi bahawa dia menerima beberapa tawaran untuk menganjurkan konsert, namun hampir kesemuanya ditujukan untuk pasaran berbahasa Mandarin.
"Apabila penganjur datang kepada saya, kebanyakan daripada mereka menawarkan untuk menganjurkan konsert yang menampilkan lagu-lagu dalam bahasa Mandarin.
"Saya boleh katakan, 80 hingga 90 peratus lagu yang perlu saya nyanyikan adalah dalam bahasa tersebut.
"Namun jauh di sudut hati, karier saya bermula dengan lagu-lagu berbahasa Melayu. Jadi, saya mahukan sebuah konsert yang dapat menarik peminat lagu Melayu," katanya.
Untuk info, Shila pernah menjuarai program Asian Wave di Shanghai, China pada 2012.
Shila kemudiannya terus mengukuhkan nama di China selepas menyertai pertandingan I Am A Singer pada 2014.
BERITA BERKAITAN: Persembahan Shila Amzah Di Festival Filem Antarabangsa Beijing Ke-15 Pukau Peminat - “Memang Another Level”
BERITA BERKAITAN: Ada Netizen Mahu Shila Amzah Buat Persembahan Di Majlis Makan Malam PM & Presiden China, Pengurus: “Memang Dipanggil Tapi Dibatalkan”
BERITA BERKAITAN: Shila Amzah Teruja Dapat Kenali Budaya Di Kelantan Setiap Kali Hari Perayaan - “Setiap Kali Balik Raya, Mereka Akan Bertanya…”
BERITA BERKAITAN: Shila Amzah Kongsi Foto Bersama Bapa, Luangkan Masa Bersama Cucu
Must-Watch Video