Laman Utama
Shiqin Kamal Nak Jadi Angelina Jolie Malaysia, Makin Aktif Bertinju & Tunggang Kuda - "In Case Kalau Ada Orang ..."
Pelakon Shiqin Kamal mahu menjadikan pesohor Hollywood Angelina Jolie sebagai inspirasi dalam dunia seni.
Tidak menjadi hal sekiranya diberi jolokan Angelina Jolie Malaysia, Shiqin atau nama sebenarnya Nur Ashiqin Mohd Kamal, 31, juga bersedia seandainya diberikan tawaran untuk naskhah filem atau drama aksi.
"Saya sebenarnya nak jadi Angelina Jolie Malaysia. Saya nak buat stunt sendiri macam Angelina dalam filem Salt. Mungkin di Malaysia tak ada atau tak ramai lagi pelakon wanita yang boleh melakukan stunt sendiri, jadi baik saya tonjolkan diri.
"Tapi kalau jauh sangat, saya nak jadi Hairul Azreen versi perempuan. Sebab itu saya mula masuk kelas Muay Thai Boxing dan kelas menunggang kuda.
"Just incase, kalau ada orang tawarkan untuk filem aksi atau epik. Selain itu, saya nak belajar main pedang dan ambil lesen skuba," katanya kepada Gempak.
Pelakon filem Ada Hantu itu ditemui ketika acara Fitness Champ yang diadakan di Zebra Square, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Shiqin turut memenangi pingat pertama dalam pertandingan Fight Like A Girl yang diadakan di acara tersebut.
Sepanjang mengikuti kelas Muay Thai Boxing, Shiqin memberitahu betisnya kerap mengalami lebam-lebam selain terpaksa menahan sakit apabila perutnya ditumbuk untuk membiasakan diri.
"Ada, betis saya lebam-lebam dan perut saya sakit-sakit akibat ditumbuk kerana coach mahu saya membiasakan diri. Tapi saya terimalah, sakit pun sakitlah, tapi itu persediakan untuk menjadi fighter... Saya yang pilih.
"Training mereka intense, setiap kali saya turun berlatih mesti rasa nak termuntah. Selain itu, buku lali saya pernah terseliuh kerana tersalah sepak namun saya sentiasa setkan minda fikir tiada apa-apa pun," tambahnya.
Must-Watch Video