Pelakon Nazia Mustafar meluahkan kekecewaan apabila ditawarkan bayaran tak setimpal dengan kerjanya.

Kata Nazia, dia ditawarkan bayaran hanya RM1,500 oleh sebuah syarikat produksi untuk penggambaran telefilem yang memakan masa selama empat hari dengan 28 babak.

"Shoot tele 4 hari 28 scene, nak bayar RM1,500. Agak-agaklah wei, what the... Ni namanya melampau.

"Lepas ni nak call artis nak bagi job, kenal siapa artis tu. Tolonglah ya, aku tak pernah marah, tapi aku rasa kali ni melampau.

"Pastu bahasa kurang ajar. Tak nak tak apalah, ramai artis yang nak. Biadab betul," tulisnya di Instagram.

Next time nk call artis nak bg job... Kenal pasti siapa artis tu ... tolong lah ya... aku x pernah marah, tp aku rasa kali ni melampau... pastu bahasa agak kurang ajar... ' xnk xpelah ramai artis yg nak'... biadap betol... ?????.

A post shared by nazia mustafar (@naziamustafar) on


Situasi itu mencetuskan kemarahan dan cemuhan beberapa rakan selebriti yang menganggap ia tidak wajar.

"Dia buka produksi ke dia nak menyamun tu? Apo 4 hari RM1,500. Acik dia punya lakilah," tulis Azhan Rani.

"Alasan popular dipakai untuk semua orang seni, kalau ada ramai yang nak kenapa dia call dan offer? Maknanya tiada yang nak! Bukan tolak rezeki, hanya orang dalam industri tahu cara kerja kami," tambah Haiza Hanafi.

"Ayat di belakang itu selalu digunakan," sahut Mimi Ernida.

Bagaimanapun kata Nazia, dia tidak terlalu marahkan soal bayaran sebaliknya cara respon pihak berkenaan yang disifatkannya biadab.

"Saya marah sekejap je, tak reti nak marah lama-lama. Saya sudah okey dan back on track.

"Maaflah saya tak pernah up status marah-marah macam tu. Tapi tadi betul-betul sakit hati, pasal bayaran tu tak adalah jadi hal sangat.

"Cuma ayat last yang dia bagi kat saya. Allahuakbar betul-betul mencabar saya. Saya dah maafkan dia. Peace," jelas Nazia lagi.