Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada meletakkan segalanya kepada Allah dan berserah kepada Yang Maha Esa jika suaminya bernikah dengan wanita yang pernah didakwa menjalinkan hubungan bersama.

Shuhada ketika ditemui selepas prosiding sebutan pengesahan lafaz cerai Hafidz terhadap dirinya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor tengah hari tadi berkata, dia bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal dihadapi.

“Saya serahkan segalanya kepada Allah kerana Allah janji, pembalasan daripada Nya lebih pedih. Untuk anak-anak berjumpa bakal ibu tiri, itu semua atas kehendak anak-anak sendiri sebab mereka memang menentang perkara ini.

BACA: Selepas Tiga Bulan Bergelumang Dengan Polemik Rumah Tangga, Hafidz Roshdi Akhirnya Berjumpa Anak-Anak - "Bayangkan..."

“Saya tak mahu mengganggu emosi dan mental anak-anak. Cukuplah saya yang hadap semua ini. Anak-anak juga akan dibesarkan oleh saya di Perlis. Kalau Hafidz nak berjumpa anak-anak, dia boleh ke Perlis,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Hafidz bakal berkongsi mengenai status hubungan serta perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita dikenali sebagai Athira Yuhada.

Hafidz atau nama sebenar Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, bagaimanapun berkata perkara itu hanya akan diumumkan selepas dia selesai prosiding penceraian dengan isterinya.

BACA: [VIDEO] “Ibu Minta Maaf… Tak Berjaya Lahirkan Uwais…” - Shuhada Menangis Sebak, Bukan Buka Aib Tapi Reda Dengan Takdir

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah telah menetapkan 27 Julai depan sebagai tarikh keputusan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah pelakon Hafidz Roshdi terhadap isterinya Nurul Shuhada.

Hakim Syarie Siti Rahmah Hussin menetapkan tarikh tersebut selepas Hafidz, 29, selaku plaintif dan Shuhada, 29, selesai memberi keterangan pada perbicaraan hari ini.

Ketika prosiding berlangsung, hakim syarie turut memerintahkan kedua-dua belah pihak memfailkan hujahan dan afidavit balasan dua minggu sebelum tarikh keputusan kes.