Pelakon Tony Eusoff memuat naik kenyataan berbaur sindiran kepada golongan Instafamous yang menjadi pelakon di Twitternya baru-baru ini.

Menerusi ciapannya, Tony seakan-akan ditanya cara untuk mendapatkan mood bagi babak sedih.

"Budak Instafamous yang baru start berlakon; Abang, minta ajar sikit, macam mana abang boleh ambil mood untuk scene nangis ye?

"Saya; Abang akan ingat bilangan followers di Instagram," katanya berseloroh.



Ciapan Tony itu mendapat pelbagai respon dari netizen termasuk beberapa selebriti antaranya Tiz Zaqyah dan Alicia Amin.

Tony juga terbuka membalas beberapa komen lain di ruangan media sosialnya itu.

"Sian kita. Dah la followers tak ramai. Dibenci pula," tulis Tony.

Malah, menerusi ciapannya itu, Tony juga berjaya mengumpul beberapa pengikut baharu di Instagram.