Pelakon Sari Yanti mendedahkan bahawa anak lelakinya, Baasit Al-Haq, menerima surat cinta daripada seorang perempuan yang dipercayai kenalannya di sekolah.

Lebih mengejutkan, Sari atau nama sebenarnya, Sari Yanti Mohamad Nazari, 36, memberitahu, anak lelakinya yang berusia sembilan tahun itu turut mengakui memendam perasaan terhadap individu tersebut.

"Maafkan saya, siapa yang hantar kat anak saya surat cinta ni? Amboi, belajar dulu tau, biasa dia ni.

"Tapi yang si Baasit tu dia tanda kat Yes? Pun sama...nak kena bebudak ni," tulis Sari.

Pelakon Kisah Kaisara itu berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Dalam entri berkenaan, Sari turut memaparkan surat yang diterima anaknya.

Excuse me... sapa yang hantar kat anak i surat cinta ni? Amboiiiiii..., belajar dulu tau.. biasa dia ni. Tapi yang si Baasit tu dia tick kat YES ✅ ? Pun sama... nak kena bebudak ni. ?

A post shared by Sari Yanti (@sariyanti) on


Surat yang ditulis tangan itu meminta Baasit untuk menjawab pertanyaan individu tersebut dengan menandakan ruangan Yes dan No.

"Kamu suka saya Baasit? Dan tolong beritahu betul-betul!," tulis individu berkenaan.

Perkongsian Sari itu kemudian mengundang pelbagai respons dalam kalangan netizen yang terhibur dengan gelagat anaknya.

"Amboi, kecik-kecik dah main cinta, itulah kacak sangat.

"Nak dapat menantu dah sis," tulis sebahagian netizen.



Sari mempunyai dua cahaya mata lelaki Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq menerusi perkahwinan pertama dengan Mohd Eddy Casmadi sebelum bercerai pada Disember 2014.

Dalam perkahwinan keduanya, isteri kepada pelawak Jep Sepahtu itu juga mempunyai seorang lagi cahaya mata Dariya Inara yang kini berusia dua tahun.