Menerusi entri di Instagram (IG), Jasmin berharap agar pelakon baharu memberi fokus kepada kerja mereka berbanding mengumpul pengikut di media sosial.
"Guna telefon masa off set je. Dalam set shooting no telefon please. Kena focus! Saya paling tak selesa bekerja dengan pelakon yang bawa telefon dalam set.
"Sebabkan telefon, tak focus kerja. Zaman dulu, siapa bawa telefon dalam set, telefon akan di rampas dan masuk dalam plastic, dah habis kerja, baru dapat balik telefon.
"Segelintir pelakon zaman sekarang ni kurang displin. Director tengah bagi instruction pun, boleh main telefon. Ini semua sebab terlalu taksub sangat dengan sosial media sampai kerja dan disiplin ke laut.
"Segelintir pelakon zaman sekarang ni sibuk sangat nak kumpul follower, dah tak bernafsu nak kumpul ilmu.
"Sebab tu sekarang banyak instant. Tak bertahan lama. Pelakon terbaik cari ilmu. Pelakon popular cari followers. Your life, your choice... Hebat bukan," tulisnya.
Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Jasmin dan mereka berharap agar pelakon baharu dapat fokus dan mencari ilmu sebanyak mungkin untuk kekal lama dalam industri.