Laman Utama

Slay! Finalis Dewi Remaja Shatirah Amanda Curi Perhatian, Bergaya Bak Lisa Blackpink!

gempak
Amri Hassan
16/02/2023
12:55 MYT
Sponsor Banner
Slay! Finalis Dewi Remaja Shatirah Amanda Curi Perhatian, Bergaya Bak Lisa Blackpink!
Penampilan terbaharu finalis Dewi Remaja 2020, Shatirah Amanda ketika menghadiri acara hiburan minggu lalu mencuri perhatian warganet.
Amanda hadir dengan menggayakan celana pendek dan baju dan boot paras peha persis gaya seperti bintang Korea Selatan, Lisa Blackpink.
Kalau nak tahu, Amanda sebenarnya mengambil aura dan semangat untuk mengetengahkan konsep baharu menerusi single yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.
"Lagu ini mengisahkan kekuatan wanita yang tidak mudah putuh asa di dalam memperjuangkan hak kebebasan pendapat dan pendirian mereka.
"Konsep ini dapat di lihat dari imej Amanda yang berani, yakin serta tidak gentar menghadapi kepelbagaian ragam dan drama masyarakat dalam menyuarakan isi hati mereka," katanya.
Berbekalkan pengalaman, lagu ini merupakan suara hati Amanda sendiri dalam jatuh bangunnya mengejar cita-cita sebagai seorang penyanyi.
Meninjau ruangan komen di Instagramnya, ramai yang memuji penampilan berani Amanda.
Untuk rekod, Amanda merupakan pelakon utama filem seram Marrak yang diarahkan oleh Datuk TS Jefri dan pernah membintangi beberapa drama seperti Scammer 2, Biar Mereka Cemburu dan Sekali Lagi Cinta Kembali.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live