Laman Utama

Sonam Kapoor Kata 3 Bulan Pertama Kehamilan Itu Sukar, Tak Indah Seperti Ramai Sangka

gempak
Amri Hassan
26/03/2022
14:50 MYT
Sponsor Banner
Sonam Kapoor Kata 3 Bulan Pertama Kehamilan Itu Sukar, Tak Indah Seperti Ramai Sangka
Aktres Bollywood, Sonam Kapoor mendedahkan tempoh kehamilan trimester pertama adalah detik paling sukar dan tidak pernah terjangka.
Berkongsi kepada Vogue, kata Sonam, 36, tidak ramai yang berkongsi cerita tentang keperitan hamil namun dia bersedia untuk melalui kepayahan itu.
"Ia sukar. Tak ada sesiapa yang memberitahu kamu betapa sukarnya ia (kehamilan). Semua orang asyik bercakap betapa indahnya.
"Jika anda nak bawa satu nyawa lagi dalam badan anda, anda pun kena jaga diri juga," katanya.
Minggu lalu, Sonam dan suaminya, Anand Ahuja mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.
Pasangan itu berkahwin pada 2018 selepas empat tahun bercinta.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live