Berita

"Sorry Tahun Ni Tak Ada Hadiah, Job Tak Kencang Sangat" - Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-3, Ini Ucapan Azwan Kombos Buat Ezzaty Abdullah

gempak
Rozaimi Zubaidi
17/07/2019
02:41 MYT
Sponsor Banner
"Sorry Tahun Ni Tak Ada Hadiah, Job Tak Kencang Sangat" - Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-3, Ini Ucapan Azwan Kombos Buat Ezzaty Abdullah
Pasangan selebriti Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah telah menyambut ulang tahun perkahwinan ketiga mereka semalam.
Menerusi entri di Instagram, Azwan berkongsi ucapan dan luahan kepada isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka pada tahun ini.
"Happy anniversary to my wife untuk tahun yang ke-3. Semoga tahun-tahun ini akan sentiasa bertambah di masa-masa akan datang.
"Sorry tahun ni tak ada hadiah best-best pun, job tak kencang sangat, in shaa Allah tahun depan I kasi dua hadiah sekaligus. Love you," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata peminat turut menyampaikan ucapan ulang tahun perkahwinan mereka serta mengakui tersentuh dengan luahan yang dilakukan oleh Azwan.
"@zakuaanw: Happy anniversary moga till jannah dan semoga dikurniakan rezeki yang yang melimpah ruah. Amin."
"@khairulhafiziez: Happy Anniversary. In Sya Allah ada job bertambah di masa-masa akan datang."
"@mkesumadewi: Semoga bersama dalam susah dan senang. Suka dan duka, derita dan bahagia serta ke Syurga Allah bersama-sama. Amiin."
"@slmh_: Alahai. Sedihnya. Ada tu rezeki lebih nanti. Happy Anniversary, Semoga Allah sentiasa mempermudahkan segalanya."
Terdahulu, Azwan telah sah bergelar suami kepada Ezzaty pada 16 Julai 2016.
Pasangan ini turut dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Harum Dahlia pada 7 Disember 2017.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live