gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Gaun Pengantin Jaclyn Victor Jadi Bualan Netizen - “Cantik & Nampak Lebih Sopan…”
HIBURAN
Kongsi Video Dengar Lagu Inteam, Netizen Rasa Pilu Tengok Ina Naim - “Akak Mesti Rindu Arwah Suhaimi Saad…”
HIBURAN
Anzalna Nasir Kongsi Pengalaman Naik ‘Submarine’ Di Maldives, Seronok Walaupun Rasa ‘Anxiety’ - “Saya Tak Kisah Berapa Banyak Saya Bayar”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Spontan Luah Rasa Seronok Suami Tak Nak Cerai, Nora Ariffin Sedar Tindakannya Salah - “Saya Tahu Tidak Sepatutnya…”

gempak
Asyikin Mayudin
26/05/2025
01:23 MYT
Sponsor Banner
Spontan Luah Rasa Seronok Suami Tak Nak Cerai, Nora Ariffin Sedar Tindakannya Salah - “Saya Tahu Tidak Sepatutnya…”
Tindakan spontan penyanyi Datuk Nora Ariffin meluahkan rasa seronok apabila suaminya iaitu Dr. Rushdi Ramli enggan melepaskannya dalam sebutan pertama kes penceraian mereka pada 6 Mei lalu mengundang pelbagai reaksi netizen.

Sedar kesilapan

Menyedari ia telah menimbulkan pelbagai tanggapan netizen, Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin, 51, mengakui dia tidak sepatutnya berkata sedemikian ketika bertemu media.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Enggan Bercerai Dengan Nora Ariffin, Sebutan Kedua 4 Jun Depan

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin Reda Kalau Jodoh Dengan Suami Berakhir - “Kami Tak Bergaduh Cuma Berjanji Selesaikan Dengan Cara Baik”

ARTIKEL BERKAITAN: “Bayangkan Jika Dalam Nasi Kita, Ada Orang Letak Pasir” - Nora Ariffin

"Bila suami tolak permohonan cerai, saya terkejut. Jadi bila ditanya saya secara spontan sebut 'sayang juga dia pada saya'.

"Saya tahu tidak sepatutnya berkata begitu. Itu bukannya perasaan seronok, tetapi kelemahan saya ialah bercakap spontan.

"Selepas kejadian itu saya tertanya sendiri kenapa bercakap begitu," katanya kepada Gempak yang ditemui di sidang media lagu terbaharu anaknya, Putri Dahlia dengan penyanyi Zaki Yamani berjudul Aku Ada baru-baru ini.

Bersedia untuk bercerai

Kata penyanyi berusia 51 tahun ini, dia sudah bersedia sekiranya suami melafazkan talak secara baik di hadapan hakim sebelum perbicaraan kes malah dirinya sendiri meminta agar Rushdi memberikan kerjasama baik sepanjang proses perceraian mereka.
"Sebelum kejadian dia tidak berkata apa-apa, tapi saya cakap elok-elok mahu selesaikan perkara ini secara baik.

"Saya tidak mahu bergaduh, minta dia datang dan permudahkan urusan. Saya juga sudah minta maaf pada dia.

"Sebelum masuk mahkamah pun perasaan saya sudah 70 peratus bersedia untuk dilafaz cerai. Kita kena bersedia sebab takut pengsan. Jadi saya terkejut dengan keputusan dia," ujarnya.

Jalani rutin harian

Berkongsi mengenai keadaanya kini, Nora memberitahu dia kembali menjalani rutin harian seperti biasa selain menunggu tarikh 4 Jun sebagai sebutan kedua kes perceraian mereka.
Penyanyi ini juga enggan terlalu terbeban berfikir tentang hal berkenaan dan bersedia dengan sebarang kemungkinan.

"Alhamdulillah, saya kembali macam biasa. Semua okay dan dipermudahkan. Saya tak serabut sebab sudah tahu proses apa akan jadi dan hanya tunggu tarikh mahkamah.

"Terlalu berfikir pun tak guna sebab sudah tahu arahnya. Saya tidak akan menarik balik fail penceraian itu jadi tunggu saja tarikh dan langkah seterusnya," jelasnya.
Kisah rumah tangga Nora sebelum ini menjadi perhatian apabila dia membuat permohonan cerai terhadap Dr Rushdi dan kes mereka masih dalam perbicaraan mahkamah.
Untuk rekod, Nora mengumumkan perkahwinannya dengan Rushdi pada 2021.
Kontroversi perkahwinan pasangan ini timbul apabila Nora memuat naik video Rushdi menceraikannya pada Ogos tahun lalu.
Namun selepas sebulan mengumumkan penceraian itu, penyanyi berkenaan memaklumkan dia dan suami sudah kembali rujuk.
Sebelum itu, Nora berkahwan dengan Johan pada 1992 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Allahyarham meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Nora Ariffin
#cerai
#Dr Rushdi Ramli
#Suami Nora Ariffin
Must-Watch Video