Pelakon Rita Rudaini mengakui kesal dengan sesetengah pihak yang mengunakan media sosial untuk meluahkan perasaan mereka.

Menerusi entri di Instagram (IG), Rita menjelaskan perbuatan tersebut tidak akan dapat menyelesaikan sebarang masalah.

"Kalau tak puas hati dengan orang mesti nak UP status kan. Tak faham jenis macam ni.

"Status tak boleh tolong apa-apa pun. Tak boleh selesaikan masalah pun. Orang yang benar dan berani takkan up status.

"Jumpa depan dan sudahkan. Kalau kata 'lebih baik diam'. Diam jelah tak payah up status ke apa ke kan?

"Nak up status tapi kena batang hidung sendiri. Up status ni dak-dak wechat je main, nak tunjuk satu dunia tak salah," tulisnya.

Klau xpuas hati dgn org mesti nak UP status kan ? xpaham jenis mcm ni...status xle tolong apa2 pon...xle selesaikan masalah pon...org yg benar n berani xkn up status...jumpa depan n sudahkan ?klau kata 'lebih baik diam' ...diam je lah xyah up status ke apa ke kan? Nk up status tp kena btg hidung sendiri..up status ni dak2 wechat je main...nk tunjuk satu dunia xsalah ?

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on


Rata-rata berharap agar Rita dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya dengan baik.

Namun Rita tidak mendedahkan status itu ditujukan kepada siapa dan punca sebenar dia memuat naik status tersebut di media sosial.