Laman Utama

"Stop Playing With My F******G Name!” – Tajuk Berbaur Fitnah, Syamsul Yusuf Hilang Sabar Bakal Saman Saluran YouTube

gempak
Mya Amri
29/09/2020
00:25 MYT
Sponsor Banner
"Stop Playing With My F******G Name!” – Tajuk Berbaur Fitnah, Syamsul Yusuf Hilang Sabar Bakal Saman Saluran YouTube
Pelakon Syamsul Yusuf berang dengan sebuah saluran YouTube yang menggambil kesempatan menggunakan tajuk berbaur fitnah mengenai hal rumahtangganya.
Dengan menggunakan nama Cabik Geronong Channel, saluran itu meletakkan tajuk berjudul ‘TAK SANGKA! Rupanya Syamsul Yusof Curang dengan Puteri Sarah’ untuk mendapatkan jumlah tontonan yang banyak menimbulkan rasa kurang senang Syamsul.
Syamsul menerusi video pendek di ruangan IG TV di Instagram miliknya memaklumkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap saluran berkenaan.
“Anda semua nak main-mainkan saya kan? Berani tulis tajuk macam ini hanya untuk mendapatkan views di YouTube. Saya dah semak dan saluran ini adalah dari Malaysia dan kita akan dapatkan dia punya id.
Too much brother. Jangan main-main dengan nama saya. Please stop playing aroung with my f******g name bro.
“Sekarang ini dekat saluran YouTube saya tahu anda semua nak dapatkan views apa semua, saya tahu itu kerja anda tapi tolong hormati orang dan juga artis.
“Mereka ada keluarga juga, saya ada anak-anak. Saya dapat Cabik Geronong Channel, nama saluran pun macam apa tah dia tulis tajuk yang boleh membawa fitnah, boleh membawa kepada kepincangan keluarga saya lagi,” katanya.
Tegas Syamsul lagi, tindakan tidak bertanggungjawab pihak saluran itu boleh membuatkan keadaan menjadi lebih teruk.
“Seperti yang saya cakap, saya tidak akan berdiam diri lagi. Saya akan saman anda, saya jumpa anda di mahkamah.
“Ini bukan sebab duit, nak kasi ajar sikit. Kalau ada artis-artis lain sebelum ini pernah kena kalau diorang tak berani saman ke ha ni Syamsul saman kau sekarang ni.
“Saya tak main-main dan tolonglah respek orang lain. Orang tengah ada masalah sekarang ni dan korang nak fikir tentang korang punya views, kau tak fikir orang punya perasaan. Kau nak buat macam ni, okay see you in courtlah.
“Saya akan dapatkan peguam terbaik. Seriously bro, too much! Orang pun ada perasaan juga, come onlah respek people.
“Saya hormat anda, anda hormat saya. Saling menghormati, jangan buat kami, artis Malaysia ni like shit man. Malas cakaplah, see you in court!” tegasnya.
Terdahulu, media melaporkan kelibat Puteri Sarah berjubah dan bertudung hitam menarik perhatian orang ramai yang kebetulan berada di kawasan pejabat agama.
BACA: Betulkah Dakwaan Puteri Sarah Liyana Ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak?
BACA: “Memang Banyak Syaitan ..."- Ini Respon Puteri Sarah Bila Peminat Minta Pertahankan Rumah Tangga
Malah, Puteri Sarah bersama ibu mentuanya dikatakan masuk ke bahagian undang-undang keluarga meskipun tidak dapat dipastikan tujuan sebenar kehadirannya itu.
Puteri Sarah juga sempat menimbulkan tanda tanya saat memuat naik kenyataan berkaitan curang di InstaStorynya baru baru ini.
Selain itu, di Instagram Syamsul juga kali terakhir dia memuat naik foto bersama isteri dan anak-anak pada Mei lalu, manakala, foto bersama Puteri Sarah pula kali terakhir pada November tahun lalu.
Pasangan Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.
Kredit Foto: Instagram @syamsulyusoffilm
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live