Skip to main content

Suami Buat 100 Panggilan Gangguan Sehari Kerana Cemburu

astrogempak_phone_1.png

Kerana rasa cinta yang mendalam, seorang suami sanggup membuat 100 panggilan gangguan setiap hari terhadap isterinya.

Semuanya terbongkar selepas wanita yang berusia 31 tahun dari wilayah Hyoga,Jepun telah membuat satu laporan polis.

Menerusi hasil siasatan polis telah mendapati gangguan panggilan yang diterima oleh wanita berkenaan sepanjang bulan Julai dan Ogos itu adalah daripada suaminya.

Lelaki itu dipercayai sering membuat panggilan tanpa suara terhadap isterinya kerana berasa cemburu apabila wanita berkenaan berbual dengan lelaki lain di telefon, walaupun dia tidak mengetahui butiran perbualan tersebut.

Pasangan ini dilaporkan tidak mempunyai konflik rumah tangga sebelum ini dan hidup secara harmoni.


Pihak polis telah menahan lelaki itu, namun hukuman ke atasnya masih belum didedahkan.
Panggilan gangguan yang menyebabkan tekanan psikologi serius adalah menyalahi undang-undang di Jepun.

Pelaku boleh dihukum penjara hingga satu tahun atau denda sebanyak 1 juta yen (RM32,000), serta perintah larangan akan dikeluarkan.

Sumber: SCMP

Must-Watch Video

Advertisement