Pelakon Datin Elvina Mohamad menegaskan dia tetap dengan prinsip untuk terus bekerja gigih tanpa perlu mengharapkan wang daripada suaminya.
Jelas Elvina, dia juga bukan wanita yang duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa.
"Selalu dapat soalan macam ni : 'Kenapa nak berlakon lagi, kan suami dah kaya', 'Kenapa susah susah nak buat business kan laki hang dah kaya, mintak jela laki hang duit'.
"Hello! Yang kaya tu laki saya, bukan saya! Ohhh kalau husband dah kaya tak boleh kerja lah? Tak boleh berlakon? Tak boleh nak niaga sendiri? Apa lah orang yang mentaliti macam ni.
"Untuk pengetahuan semua, saya bukan jenis orang yang boleh duduk rumah goyang kaki, makan, tidur, shopping dan mengharapkan duit dari suami je yeeeee.
Tak salah kan kalau kita nak berjaya & kaya hasil usaha sendiri," ujarnya.
Dalam pada itu, Elvina memberitahu bidang lakonan dan perniagaan sememangnya menjadi minatnya sejak dahulu lagi.
"Saya berlakon sebab saya minat, saya buat business sebab ini memang cita-cita saya dari dulu.
"Saya nak jadi seorang usahawan wanita yang berjaya dan pemimpin yang bagus untuk guide my team & wanita di luar sana yang sama sama nak berjaya!" tambahnya.
Pesan Elvina lagi agar golongan wanita sentiasa bijak merancang masa hadapan dan belajar untuk berdikari serta tidak bergantung pada suami semata-mata.
Elvina dan suami, Datuk Haniff Borhan telah berkahwin pada 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Karl Mateen yang kini berusia 3 tahun.
Amri Hassan
Wed Jul 28 2021
“Saya Tak Benarkan Diana Buat Bariatrik” - Farid Kamil
Farid percaya kurus secara semulajadi.
Anggap Wajah Asyik Jadi Duta Produk Sebagai Rezeki, Dato Fazley Tampil Dengan Koleksi Wangian Bau Pastri!
Hasil kerjasama dengan syarikat bumiputera tempatan ENKÉ Malaysia, cef selebriti Dato Fazley Yaakob telah memperkenalkan koleksi wangian terbaharu, Pâtissier Pure Parfum, yang dillhamkan dari kemahiran dan seni 'pâtissiers'
Uniknya Kempen Raya Converse Malaysia x Monkiddo! Ada Sampul Duit Raya & Filter AR Kad Raya
Converse Malaysia dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan Monkiddo
Alif Satar Nafi Menunjuk-Nunjuk Buat Kebaikan, Syukur #GengSubuhMacamJumaat Diterima Baik! - "Saya Nak Semua Bersatu"
Selebriti versatil, Alif Satar bersyukur kempen solat berjemaah, #GengSubuhMacamJumaat diterima baik dan mendapat sambutan yang hebat dari pelbagai usia.
Kalini Sherry betul betul nervous! | Di Sebalik Tabir | You Know Nothing About Cooking | EP15
Siapa kata bila nampak tenang tapi semuanya ok? Dalam hati belum tentu lagi. Habis nervous Sherry bila nak kena masak sorang-sorang!
Jom saksikan You Know Nothing About Cooking bersama Sherry Al Hadad & Datin Marlia Musa serta tetamu jemputan setiap hari, 12 tengah hari di Gempak.com!
#YouKnowNothingAboutCooking
#YKNAC
#GempakOriginalSeries
Jom saksikan You Know Nothing About Cooking bersama Sherry Al Hadad & Datin Marlia Musa serta tetamu jemputan setiap hari, 12 tengah hari di Gempak.com!
#YouKnowNothingAboutCooking
#YKNAC
#GempakOriginalSeries
Sharul Aimy Dilamun Cinta Dengan Gimnas Filipina? Ini Respons Pihak Pengurusan
Nama gimnas lelaki negara, Muhammad Sharul Aimy Hisam tiba-tiba menjadi bualan selepas tangkap layar yang memaparkan dirinya bergambar bersama atlet Filipina, Daniela Dela Pisa viral di media sosial.
"Tak Beradablah Pakai Baju Melayu Tunjuk 'Asam Keping'" - Hun Haqeem
Pelakon Hun Haqeem menganggap tindakan pereka fesyen tempatan yang memodenkan rekaan baju Melayu dengan perincian pelik sebagai perbuatan tidak beradab.
Mimi Lana Tak Sangka Mampu Bawa Watak Komedi Dalam ‘First Wives’ - “Bila Berlakon Tu Macam Semua Orang…”
Mimi pegang watak sebagai Diyana.
Jumpa Kain Pengelap Dalam Murtabak, KKM Kompaun Peniaga!
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kompaun terhadap pemilik gerai martabak yang didapati cuai sehingga cebisan kain pengelap ditemui dalam makanan itu.
Raja Azura Puji Lakonan Hafreez Adam Dah Tak ‘Kayu’ - “Saya Nampak Kematangan Dalam…”
Raja Azura puji la Hafreez!