Penampilan isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea sekali lagi mengundang rasa kurang senang netizen.

Gaya Anis yang memakai kameja putih yang dipadankan dengan kain pario bercorak biru dianggap kurang sesuai kerana kain itu terbelah sehingga menampakkan pahanya.

Bukan itu sahaja, fesyen baju kemeja putih yang mendedahkan bahagian dadanya juga dianggap tidak manis untuk dipakai oleh Anis.

Rata-rata netizen memohon Anis menjaga penampilan dan juga nama baik suaminya yang selama ini bertungkus lumus membina kerjaya dalam industri dengan bakat sendiri dan bukannya kontroversi.

A post shared by ???? ????? (@anissofeaaz)


BACA: “Kenapa I Feeling Nak Jadi Kpop Idol? Sebab I Rasa I Macam Rose” - Netizen Terkedu Isteri Haqiem Rusli Anggap Diri Seperti Anggota Blackpink

Netizen juga berharap walaupun Anis mengambil keputusan untuk membuka tudung namun penampilannya juga haruslah dijaga.



BACA: “Biar Saya, Isteri & Tuhan Sahaja Tahu” - Haqiem Rusli Enggan Dedah Punca Sebenar Isteri Buka Tudung, Tak Benarkan Anis Sofea Diwawancara

Terdahulu, peminat dikejutkan dengan tindakan Sofea yang memadam gambar-gambar di Instagram dan memuat naik gambar tidak mengenakan hijab.

Rata-rata ramai yang menghentam wanita itu sehinggakan dia terpaksa menutup ruangan komen di platform media sosial tersebut.