,
Berita

Suami Sifatkan Istiqomah Pemurah, Dedah Buat Loan Bank RM19,400 Untuk Dipinjamkan Kepada Kenalan

Gempak
12/08/2024
15:14 MYT
Suami kepada Istiqomah Ahmad Rozi, 33, mengakui isterinya seorang yang suka membantu dan bersikap pemurah termasuk dalam kalangan rakan.
Mohd Yusoff Mokhtar, 35, berkata, isterinya pernah membuat pinjaman bank berjumlah RM19,400 dipercayai untuk dipinjamkan kepada rakan kenalan lelakinya itu pada September tahun lalu sebelum dia dilaporkan hilang.
Mohd Yusoff mendakwa suspek mengajak isterinya menyertai satu perniagaan sebelum mangsa menyerahkan wang berkenaan kepada individu terbabit.

Pinjaman

"Kawannya itu tiba-tiba muncul sebelum Istiqomah yang terkenal dengan sikap pemurahnya membuat pinjaman bank dan menyerahkan sejumlah RM19,400 kepada lelaki itu.
"Kemudian kawannya ada membuat bayaran balik sebanyak RM371 pada bulan berikutnya sebelum mengajak Istiqomah untuk berjumpa," katanya ketika ditemui pemberita pada Isnin.
Jelasnya, pertemuan dengan kenalannya yang dikenali isteri sejak lapan tahun lalu ketika belajar di maktab perguruan dipercayai untuk mengajak Istiqomah menambah pelaburan, namun isteri menolak.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Cikgu Istiqomah Tuntut Keadilan - "Dia Isteri Yang Baik"

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Cikgu Istiqomah Tuntut Keadilan - "Dia Isteri Yang Baik"

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Bunuh Cikgu Istiqomah: Suspek Bekas Kekasih Di Universiti

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang Selama 8 Bulan, Ini Kronologi Kes Pembunuhan Kejam Cikgu Istiqomah

Ujarnya, ketika pertemuan tersebut, isterinya ada memakai seutas gelang tangan emas pemberian arwah neneknya yang dianggarkan bernilai RM40,000.
"Sedih dan luluh hati saya bila dapat tahu isteri tersayang yang hilang sejak lapan bulan lalu ditemukan dalam keadaan menyayat hati dan tragis.
"Malah gelang tangan yang dipakai isteri turut hilang dalam kejadian itu," katanya lagi.
Tambah Mohd Yusoff, dia tidak menyangka pembunuh sanggup bertindak kejam hingga menyebabkan tiga anak mereka berusia 4, 6 dan 9 tahun membesar tanpa kasih sayang seorang ibu.

Perit

Katanya, sehingga kini keluarga masih menunggu kebenaran pihak polis untuk menuntut jenazah Istiqomah di Hospital Melaka sebelum dijangka dikebumikan di kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan.

"Walaupun perit untuk diterima, namun saya reda dengan ketentuan Allah SWT dan berharap pelaku dapat dikenakan hukuman setimpal," ujarnya lagi.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan kehilangan seorang guru wanita sejak lapan bulan lalu akhirnya terjawab selepas polis mengesahkan mayat tidak lengkap ditemui pada 31 Disember lalu adalah milik mangsa.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, berdasarkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan mendapati ia sepadan dengan mangsa yang dilaporkan hilang sejak 27 Disember tahun lalu.
Menurutnya, risikan yang dijalankan pasukan polis Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Melaka dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Johor serta Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah telah berjaya menahan sepasang suami isteri masing-masing berusia 36 dan 37 tahun.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Hilang Selama 8 Bulan, Ini Kronologi Kes Pembunuhan Kejam Cikgu Istiqomah

gempak
12/08/2024
04:52 MYT
Kehilangan seorang guru wanita sejak lapan bulan lalu, akhirnya terjawab selepas polis mengesahkan mayat tanpa kepala dan tangan dijumpai dibuang di dalam tong sampah di dalam longkang yang ditemui pada 31 Disember tahun lalu, dikenal pasti sebagai Istiqomah Ahmad Rozi, 33.
Viral

Wanita Usung Mayat Bapa Saudara Ke Bank Demi Tanda Tangan Dokumen Pinjaman Wang!

gempak
18/04/2024
14:55 MYT
Seorang wanita di Brazil ditahan pihak berkuasa apabila dia didapati mengusung mayat seorang lelaki tua yang didakwa sebagai bapa saudaranya ke sebuah bank di pinggir bandar Rio pada Selasa.
Laman Utama

“Cantiknya, Berseri Muka Suka Tengok” - Fasha Sandha Tunai Umrah, Manis Bertudung Ramai Doakan Semoga Istiqomah

gempak
23/01/2023
01:45 MYT
Semoga dipermudahkan urusan beribadah.
Laman Utama

Berniqab, Netizen Puji Penampilan Anggun Sherry Ibrahim - "Masya-Allah Semoga Istiqomah"

gempak
20/10/2022
12:00 MYT
Sherry Ibrahim niqab
Laman Utama

Isu Tudung: “Kalau Dah Pakai Jangan Normalkan Untuk Buka” - Ummi Nazeera Mohon Doa Kekal Istiqomah

gempak
11/08/2022
04:15 MYT
Ramai yang setuju dengan pendapat Ummi.