HIBURAN
Sudah Ada Kekasih, Brad Pitt Tiada Niat Kahwin Lagi
Pesohor Hollywood, Brad Pitt dilaporkan tidak memasang niat berkahwin dengan kekasihnya, Ines de Ramon walaupun sudah dua tahun bercinta.
BERITA TRENDING: Percaya Bercinta Dengan Brad Pitt, Wanita Bercerai & Hilang RM3 Juta Kena Tipu
Pitt, 61, didakwa enggan kembali mendirikan rumah tangga kerana masih terkesan dengan skandal perkahwinan lampau bersama Angelina Jolie.Ironi, bintang Fight Club tersebut sangat mencintai kekasihnya yang merupakan seorang eksekutif barangan kemas, diri tidak yakin untuk berkahwin lagi, lapor Daily Mail.
Selain terkesan dengan perceraian bersama Jolie, sumber sama mendakwa Pitt turut tidak dapat melupakan hubungan yang tidak baik dengan anak-anak mereka.“Pitt tidak akan berkahwin dengan Ines de Ramon kerana masih terkesan dengan insiden perkahwinan lampau,” ujar sumber kepada media tersebut.
“Pitt sangat mencintai Ines tapi dia takut kecundang lagi. Dia bimbang tentang berkahwin semula dan memiliki anak.
“Dia gembira dengan kehidupan sekarang,” dakwa sumber sama.
BERITA TRENDING: Kes Cerai 8 Tahun Angelina Jolie - Brad Pitt Selesai, Aset RM277 Juta Masih Jadi Rebutan
Pitt dan Jolie rasmi bercerai pada tahun 2024 selepas aktres tersebut menuntut cerai pada 2016.BERITA TRENDING: Gugurkan Nama Bapa & Pilih Nama Ibu, Vivienne Jolie Tak Anggap Bratt Pitt Sebagai Ayah
Must-Watch Video