Viral
Sugu Pavithra Trending! Rakyat Malaysia Sepakat Pertahankan Pasangan Ini
Nama YouTuber masakan popular, Sugu Pavithra hangat diperkatakan sehinggakan trending di laman Twitter hari ini.
Sugu Pavithra menjadi tumpuan selepas pengacara Anim Ezati Rizki mendakwa terkejut apabila diminta bayaran sehingga RM10,000 untuk sebuah program masakan.
Rata-rata warganet tidak kira bangsa dan agama bersepakat untuk mempertahankan tindakan Sugu Pavithra.
Malah, ada segelintir yang berpendapat Anim tidak seharusnya kongsi mengenai harga serta menyebut nama individu tersebut kerana ia adalah perkara peribadi dan sulit (Private and Confidential).
Walaubagaimanapun, pemilik nama Anim Ezati Rizki Mohd Khalid tampil memberi penjelasan dan menyatakan dia berhak untuk bersuara tentang kadar bayaran yang ditetapkan.
Sebelum ini, kisah pasangan suami isteri keturunan India ini menerima perhatian rakyat Malaysia selepas video masakannya yang ringkas di YouTube menjadi viral.
Bahkan, Sugu Pavithra juga turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sehingga kini Sugu Pavithra mempunyai lebih 600,000 subscribers di YouTube.
Bahkan, pasangan itu juga dilaporkan sudah berpindah ke rumah yang lebih selesa selepas suaminya membuat keputusan untuk berhenti kerja sebagai buruh ladang bagi memberikan fokus kepada penghasilan video.
Must-Watch Video