Laman Utama

"Sumpah Serik Nak Ada Pengganti" - Adrea Abdullah Mengaku Sudah Cerai

Amri Hassan
01/08/2022
08:50 MYT
Pelakon Adrea Abdullah mengakui sudah bercerai talak satu dengan juruvideo bebas, Zul Selamat kira-kira dua bulan lalu.
Reda kembali bergelar ibu tunggal, kongsi Adrea kepada Media Hiburan dia tidak pasti punca perpisahan yang berlaku.
"Saya bercerai lebih dua bulan lalu, habis idah bulan depan. Masalah dalam rumah tangga sebenarnya berlaku sejak dua tahun setengah. Tapi sabar... cuba dan tak mahu putus asa.
"Tapi orang kata, kita tak boleh mengharapkan sesuatu yang indah akan kekal selamanya. Kadang-kala ia menjadi sebaliknya.
"Kalau di rumah sebelum ini, dia yang paling banyak bercakap. Tapi tiba-tiba dia mulai senyap. Kenapa? Jadi saya tidak boleh selesaikan sesuatu (masalah) jika tidak tahu punca," katanya.
Dalam pada itu, Adrea akui dirinya sudah serik untuk mencari pengganti selepas dua kali mahligai yang dibinanya musnah.
"Reporter asked me, ‘Serik tak nak ade penganti after dah cerai ni?’ Sumpah serik. Need timeout from relationship. Need time to properly heal, focus on career, my son & myself.
"I’m happier with my life now. Alhamdullillah. For now I rather just enjoy romance while watching my k dramas until I’m ready to meet my prince charming," kongsinya di Instagram.
Untuk rekod, Adrea dan Zul bernikah pada 9 Jun 2018 namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Adrea punyai seorang anak lelaki hasil perkahwinannya terdahulu.
Sumber: Media Hiburan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Hiburan

Ini Sebab Kenapa Mawar Rashid Hampir Hilangkan Diri Selepas Cerai

gempak
26/07/2024
08:55 MYT
Pelakon Mawar Rashid pernah hampir terfikir untuk menghilangkan diri daripada industri seni tanah air ketika melalui fasa sukar dalam hidupnya sebelum ini.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.