Pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui sedih apabila harus menjual motosikal berkuasa tinggi kesayangannya selepas beberapa tahun menggunakannya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Sharnaaz berkongsi gambar bersama motosikal kesayangannya berserta kapsyen yang menyentuh hati.

"Thank you for all the memories my baby. Buat yg bukan kaki moto mungkin takkan faham.

"Tapi pada yang faham, aku agak murung malam ni. Susah senang aku kumpul duit nak beli dia.

"Hari ini dia balik dengan tuan baru dia dah. Selamat tinggal baby Jann," tulisnya.

Thank you for all the memories my baby.. buat yg bukan kaki moto mungkin takkan faham.. tapi pada yg faham.. aku agak murung malam ni.. susah senang aku kumpul duit nak beli dia.. hari ni dia balik dgn tuan baru dia dah.. selamat tinggal baby jann..

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui faham dengan perasaan yang dirasai oleh Sharnaaz dan ada juga yang mengusiknya untuk membeli sebuah motosikal lain pula selepas ini.

"@keyrol60: Benda boleh upgrade, buat apa simpan lama."

"@mohdhafizie69: I feel you bro. Pernah alami. Terpaksa ku lepaskan untuk benda yang lagi penting."

"@bo_partogola: Saya pun dah lepaskan motor saya Januari lepas dan sempat rakam video owner baru bawa pegi. Sedih jangan cakap aa. Feel you bro."

"@empayar_muoline: Faham boss, ini semua lumrah, tak selamanya kekal."


Untuk rekod, Sharnaaz telah mendirikan rumah tangga bersama kakak kepada pelakon Neelofa, Noor Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata sulung pada 30 Ogos tahun lalu.